Tarikh Penting

UPSR

20 September 2018


PT3

8 Oktober 2018


SPM

13 November 2018


STAM

16 Oktober 2018


Buku Pelawat

Mohd Asnorhisham Adam ,
PKP LINUS, PPD Pasir Gudang

"Kepada seluruh warga pendidik dan ibu bapa semoga selamat dan dipermudahkan bagi menghadapi saringan literasi dan numerasi bil 1/2018 yang menjadi kayu ukur tahap penguasaan murid untuk pendidikan seterusnya. Kolaboratif guru dan ibu bapa pemangkin ke arah pencapaian sasaran dan matlamat aspirasi negara."
Papar/Isi

Muat Turun Fail

lagi....

Pengguna Online

       9 pelawat di talian
TAKLIMAT PENYELARASAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR B12 DAN B18 MSSD PASIR GUDANG 2017
oleh : En. Mohd Rizal bin Rahman, Penyelia Kanan Sukan
pada 11 Jan 2017

Salam Muafakat Johor.

Pengetua/Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Pasir Gudang

( u/p : Pengurus Pasukan Bola Tampar )

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa taklimat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 15 Januari 2017 ( AHAD )

Masa : 2.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat MRSM

3.  Sehubungan itu, mohon jasa baik pihak tuan untuk membenarkan pengurus pasukan bola tampar sekolah hadir ke taklimat tersebut. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Rosini@Abdullah bin Othman, Pengerusi Teknik Bola Tampar MSSD Pasir gudang di talian 0197542139.

3. Segala kerjasama dan keprihatinan tuan dalam perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

 



Lampiran Fail

Surat Taklimat Pertandingan Bola Tampar MSSD 2017 (283)


Tindakan : PENGETUA DAN GURU BESAR SEKOLAH- SEKOLAH DAERAH PASIR GUDANG )
Cetak