Tarikh Penting

UPSR

20 September 2018


PT3

8 Oktober 2018


SPM

13 November 2018


STAM

16 Oktober 2018


Buku Pelawat

Mohd Asnorhisham Adam ,
PKP LINUS, PPD Pasir Gudang

"Kepada seluruh warga pendidik dan ibu bapa semoga selamat dan dipermudahkan bagi menghadapi saringan literasi dan numerasi bil 1/2018 yang menjadi kayu ukur tahap penguasaan murid untuk pendidikan seterusnya. Kolaboratif guru dan ibu bapa pemangkin ke arah pencapaian sasaran dan matlamat aspirasi negara."
Papar/Isi

Muat Turun Fail

lagi....

Pengguna Online

       11 pelawat di talian
BENGKEL PEMANTAPAN DAN PENYELARASAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID SEKOLAH RENDAH DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2018.
oleh : En. Husnizar Bin Ahmad, Penolong PPD Pembangunan Kemanusiaan
pada 09 Nov 2017

Guru Besar,
Sekolah-sekolah Rendah
Daerah Pasir Gudang
(Senarai seperti dilampiran)

Tuan,

BENGKEL PEMANTAPAN DAN PENYELARASAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID SEKOLAH RENDAH DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2018.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Murid Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang akan mengadakan bengkel yang tersebut diatas seperti ketetapan berikut :

Tarikh   : 15 November 2017 (Rabu)
Masa     : 10.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : Bilik mesyuarat, SK Taman Johor Jaya 5


3. Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan untuk memberi pelepasan kepada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid berkenaan untuk hadir ke bengkel tersebut. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Husnizar Bin Ahmad, Penolong PPD Hal Ehwal Murid ditalian 07-3881210 atau 019-7285121.

Kerjasama dan komitmen daripada pihak tuan amat kami hargai. Sekian,terima kasih.

 

 



Lampiran Fail

SURAT EDARAN BENGKEL PEMANTAPAN PENGURUSAN HEM (405)


Tindakan : GURU BESAR, SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH BERKENAAN SEPERTI DILAMPIRAN
Cetak