Tarikh Penting

UPSR

20 September 2018


PT3

8 Oktober 2018


SPM

13 November 2018


STAM

16 Oktober 2018


Buku Pelawat

Mohd Asnorhisham Adam ,
PKP LINUS, PPD Pasir Gudang

"Kepada seluruh warga pendidik dan ibu bapa semoga selamat dan dipermudahkan bagi menghadapi saringan literasi dan numerasi bil 1/2018 yang menjadi kayu ukur tahap penguasaan murid untuk pendidikan seterusnya. Kolaboratif guru dan ibu bapa pemangkin ke arah pencapaian sasaran dan matlamat aspirasi negara."
Papar/Isi

Muat Turun Fail

lagi....

Pengguna Online

       11 pelawat di talian
LAPORAN PRESTASI KONTRAKTOR PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN DI SEKOLAH
oleh : ,
pada 09 Mar 2010

KEPADA SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR YANG TERLIBAT

Tuan,

LAPORAN PRESTASI KONTRAKTOR PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN DI SEKOLAH YANG TAMAT KONTRAK PADA 30.06.2010

Dengan segala hormatnya dimaklumkan terdapat beberapa sekolah yang kontraktor pembersihannya akan tamat pada 30.06.2010.

2.  Sehubungan dengan itu, Unit Perolehan dan Pengurusan Aset Jabatan Pelajaran Negeri Johor sedang membuat penilaian tentang prestasi kontraktor di sekolah tuan bagi tujuan tender semula perkhidmatan. 

3.  Bersama-sama ini disertakan borang penilaian prestasi, skor pemarkahan dan senarai sekolah yang terlibat untuk tindakan tuan selanjutnya.  Sila pastikan dokumen perjanjian kontrak bagi perkhidmatan dijadikan asas rujukan semasa melengkapkan borang ini. Sila isikan dalam 2 salinan dan kembalikan ke Unit Pentadbiran Am, Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang ( U/P : Encik Sahat bin Kahar ) selewat-lewatnya pada 15.03.2010. Bagi sekolah-sekolah yang tidak terlibat boleh mengunakan Borang Laporan Prestasi ini bagi tujuan pemantauan dan aduan.

Sekian, terima kasih.


Tindakan : PENGETUA DAN GURU BESAR
Cetak