Buku Pelawat

Warga SK Tmn Bukit Tiram ,
SK Tmn Bukit Tiram

"Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga krew & penumpang MH370.. Sesungguhnya dari Dia kita datang & kepadaNya jua la kita kembali.. Al-fatihah bagi yang beragama Islam.."
Papar/Isi

Muatturun Fail

lagi....






       14 pelawat di talian

Sejarah Ringkas PPD Pasir Gudang


Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang telah mula beroperasi mulai 1 April 2007 dengan menumpang sebahagian bangunan di SK Seri Kota Puteri 4 yang terletak di Bandar Baru Kota Puteri.Kerja-kerja pengubahsuai dan naiktaraf dilaksanakan pada bulan Mac 2007 dan telah siap pada 1 April 2007.Kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan ke atas 10 bilik darjah ,6 bilik stor dan 1 bengkel .Kemudahan Fizikal yang terdapat di Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang adalah 1 pejabat PPD, 1 Pejabat Am ,2 Bilik Mesyuarat, 8 Pejabat mengikut unit,1 Bilik Komputer , 4 bilik utiliti . Majlis pelancaran pengoperasian Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Johor pada 2 April 2007.

Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang merupakan Pejabat Pentadbiran Pendidikan yang ke 10 merangkumi 3 zon iaitu zon Permas Jaya, Pasir Gudang dan Ulu Tiram. Terdapat 65 sekolah rendah, 32 sekolah menengah dalam kawasan pentadbiran PPD Pasir Gudang.Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang merupakan Pejabat Pendidikan Daerah Gred A.

Sehingga 31 Julai 2007, Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang mempunyai kekuatan anggota seramai 37 orang terdiri kumpulan Pengurusan dan Profesional, Kumpulan Sokongan I dan Kumpulan Sokongan II.


Lokasi Bangunan PPD Pasir Gudang


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PASIR GUDANG
d/a SK Seri Kota Puteri 4,
Jalan Penaga
Bandar Baru Kota Puteri
81750 Pasir Gudang,
Johor Darul Takzim.
Tel: 07-3881210, Fax: 07-3881203

Peta Lokasi




Pengangkutan


Perkhidmatan Udara

Terminal Udara KLIA

Terminal Udara Sultan Ismail, Senai, Johor

Perkhidmatan Bas

Dari Kuala Lumpur ke Stesen Bas Pasir Gudang- Tambang RM 3+.++

Dari Pantai Timur ke Stesen Bas Pasir Gudang-- Tambang RM 4+.++

Dari Terminal Bas Larkin, Johor Bahru - 38 KM ( 1 Jam 30 minit hingga 2 Jam perjalanan )

Tambang Bas Ekspress RM 4.00 -

Perkhidmatan Teksi

Dari Terminal Taksi Larkin, Johor Bahru - 38 KM ( 1 Jam 30 minit hingga 2 Jam perjalanan )

Tambang Teksi - 1 tempat duduk - RM 11.00

Dari Stesen Teksi Pasir Gudang ke Pejabat Pendidikan Pasir Gudang- 10 KM

Tambang Teksi - 1 tempat duduk - RM 3.00