PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PASIR GUDANG
d/a SK Seri Kota Puteri 4, Jalan Penaga, Bandar Baru Kota Puteri, 81750 Pasir Gudang, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-3881210, Fax: 07-3881203, Web: http://www.ppdpgudang.edu.my



Tindakan: SETIAUSAHA PIBG / KETUA BIRO MAKLUMAT PIBG
25 Jul 2013


MANUAL PENGGUNA PENGISIAN DATA SARANA SEKOLAH SECARA ATAS TALIAN


Tuan,

PENGISIAN DATA SARANA SEKOLAH SECARA ATAS TALIAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dan berita di laman ini bertarikh 24 Julai 2013 adalah dirujuk.

2.            Sukacita dimaklumkan laman web bagi pengisian data sarana sekolah; jpn.moe.gov.my/jpnjohor/sppj telah kembali dapat diakses bermula hari ini. Sehubungan itu, semua sekolah dipohon untuk mengisi data yang sepatutnya berdasarkan instrumen yang telah diedarkan. Tarikh akhir pengisian adalah pada 29 Julai 2013 (Isnin).

 

3.            Bersama-sama ini dilampirkan Manual Pengguna bagi memudahkan proses pengisian data berkenaan. Segala kerjasama dan perhatian tuan dalam perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

Sekian.

 



Yang menjalankan tugas,

Rohaizad Bin Mohd Hanafiah
Penolong PPD Perhubungan