Tarikh Penting

UPSR

5 September 2016


PT3

11 Oktober 2016


SPM

7 November 2016


STAM

17 Oktober 2016


Buku Pelawat

SS ,
Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, Johor

"إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون Diucapkan kepada warga SK LKTP Ulu Tebrau akan kehilangan Guru Besar, Pn Rohana Bt Bahari yang meninggal dunia pada pagi tadi. Semoga Allah merahmati roh beliau dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh. Amin"
Papar/Isi

Muat Turun Fail

lagi....

Pengguna Online

asnorhisham
SALEHA
Ermy
husnizarahmad
       35 pelawat di talian

Buku Pelawat


Nama :
Dari ? :
Email :
Ucapan  


Mon, 23 Sep 2013 - ROSNANIWATI BT SAMIRI (Pengurus Pasukan Kem Bestari 1 Malaysia PPDPG)
Tahniah dan terima kasih kepada Encik Sharful Admal bin Adnan Pegawai PPD Prasekolah/Permata Daerah Pasir Gudang ,guru-guru pengiring , jurulatih tarian dan anak-anak prasekolah daerah Pasir Gudang yang bertungkus lumus dalam meraih kejayaan yang amat cemerlang di KEM BESTARI 1 MALAYSIA PRASEKOLAH PERINGKAT NEGERI JOHOR pada 21 dan 22 September 2013. Kepada Guru Besar sekolah yang terlibat terima kasih kerana kerjasama erat dan doa tuan mengiringi semua barisan kontinjen Pasir Gudang sepanjang pertandingan berlangsung.Terima kasih kepada Puan Hajah Fatimah Ahmad PPD pasir Gudang yang dalam kesibukan sentiasa mengikuti dan berdoa setiap sesi pertandingan dijalankan, kepada Encik Hashim Zainal Timbalan PPD Pasir Gudang kerana sudi mengongsi kejayaan dengan memberi sokongan dan kata-kata amanat sebagai bekalan , sesungguhnya dengan kehadiran tuan dan kata - kata pembakar semangat, akhirnya Pasir Gudang mendapat Johan bagi Tarian Rampai dan juga Nyanyian Solo yang akan meneruskan perjuangan mewakili Negeri Johor di Peringkat Kebangsaan pada 30 September - 3 Oktober 2013 . Sekalung tahniah juga kepada Peserta Bercerita Bahasa Inggeris yang mendapat Naib Johan dan juga tempat ketiga untuk peserta Bercerita Bahasa Inggeris.Terima kasih juga kepada Puan Norliza binti Hashim , Guru Besar SK Taman Johor Jaya 3 yang memberikan komitmen yang sangat tinggi memberikan kemudahan kepada Kontinjen KEM Bestari 1 Malaysia Prasekolah Pasir Gudang berlatih di sekolah dan kemudahan sekolah dikongsi bersama , sesungguhnya semua kerjasama , sokongan dan doa tuan / puan telah diterjemahkan oleh setiap kemenangan yang telah diperolehi. Terima Kasih Semua!


Sun, 22 Sep 2013 - Nursyazana (SMK.Taman Rinting 2)
Tahniah Farhana kerana menjuarai suara emas peringkat negeri Johor kategori sekolah menengah dengan persembahan yang memukau juri diperhebatkan lagi dengan penyampaian lagu ciptaan En.Rashid Dirgahayu 1Malaysia.Terima kasih kerana memartabatkan PG dan mengangkasakan SMK.Taman Rinting 2.


Fri, 20 Sep 2013 - Sujirah Binti Ibrahim (SMK Desa Cemerlang)
Tahniah diucapkan kepada Pasukan Lompat Tali SMK Desa Cemerlang kerana berjaya mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan Acara Lompat Tali sempena Karnival Kecergasan dan Sukan Tradisional peringkat Negeri Johor pada 14-15 September 2013 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan, Negeri Johor. Syabas! Pn.Hamidah Jamain dan Cik Nik Sharahida Nik Hashim di atas bimbingan yang diberikan. Semoga terus cemerlang mendidik anak murid dalam sukan. Maju sukan untuk semua.


Mon, 09 Sep 2013 - Pn Hjh. Fatimah Binti Ahmad (Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang)
Khas buat anakanda calon UPSR 2013.Moga usaha dan persediaan selama ini untuk berjuang di medan peperiksaan diiringi dengan doa .Doa yang kan memberi ketenangan dan jalan yang dipermudahkan semasa berjuang nanti.Bonda sentisa mengharapkan anakanda semua mampu mencorakan dan menjadi aset yang bakal menaikkan kecemerlangan akademik Dearah Pasir Gudang.Buat Guru Besar dan warga pendidikan yang sentiasa komited ,terima kasih atas usaha sama yang terjalin moga hasrat dan hala tuju kita menjadi aspirasi yang kukuh sentiasa.1 Hati Ke Arah 1 Matlamat.


Mon, 26 Aug 2013 - Norshazwan Abdul Rashid (SKTPR)
Tahniah kpd Kumpulan Kalam Jamaie SK Tanjung Puteri Resort kerana mendapat tempt pertama peringkat Zon 2 Daerah Pasir Gudang.


Sun, 25 Aug 2013 - MUHAMAD ALI BIN HARUN (Muhamad Ali Harun)
Kami warga SMK Pasir Gudang mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan roket sekolah atas kejayaan menjadi johan keseluruhan peringkat negeri sempena festival sains di Kulai Jaya. Tahniah juga kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 Katering atas kejayaan membolot semua tempat utama dalam pertandingan anjuran KFC Holding.


Wed, 21 Aug 2013 - WARGA SJK T PERMAS JAYA (GURU DAN STAF SOKONGAN )
Guru Besar , Semua guru dan staf sokongan SJK T Permas Jaya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri ,Maaf Zahir dan Batin


Fri, 16 Aug 2013 - warga sekolah smk desa cemerlang (SMK Desa cemerlang)
Selamat hari Raya aidil Fitri kepada semua Rakan di ppd Pasir Gudang/Guru guru sekalian


Mon, 12 Aug 2013 - Isa Bin Abu (Majlis Guru Besar Daerah Pasir Gudang)
Pengerusi dan AJK MGB Daerah Pasir Gudang, mengucapkan " Selamat Hari Raya Aidil Fitri , maaf zahir dan batin kepada Pn Hjh Fatimah Bt Ahmad Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang , TPPD, PPDR dan semua pegawai dan staf Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang serta semua rakan-rakan Guru Besar dan Pengetua. Semoga dihari mulia ini kita semua mendapat barakah dan saling bermaafan. PPD Pasir Gudang terus maju....


Fri, 02 Aug 2013 - PN SHAMIAH BINTI ISMAIL (PENGETUA) (SMK BANDAR SERI ALAM)
KAMI WARGA SMK BANDAR SERI ALAM INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA WARGA DAERAH PASIR GUDANG. SEMOGA RAYA TAHUN INI BERMAKNA UNTUK KITA SEMUA


Sun, 16 Jun 2013 - ELANGO A/L NACIAPPAN (SMK ULU TIRAM)
SMK ULU TIRAM CEMERLANG LAGI... SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA PASUKAN SILAMBAM SMK ULU TIRAM ATAS KEJAYAAN CEMERLANG DALAM PERTANDINGAN SILAMBAM PERINGKAT NEGERI, SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGERI JOHOR PADA 15 JUN 2013, DI SMK TINGGI BATU PAHAT, JOHOR. SMK ULU TIRAM TELAH MERANGKUL 10 PINGAT EMAS, 10 PINGAT PERAK DAN 10 PINGAT GANGSA. TAHNIAH KEPADA GURU PENASIHAT, EN. GUNARAJ RAMALINGAM DAN JURULATIH, EN. ANBALAHAN KUPPUSAMY. UCAPAN TAHNIAH TURUT DITUJUKAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR KELAS RANCANGAN KHAS ATAS KEJAYAAN MENJUARAI KARNIVAL KRK DAERAH PASIR GUDANG BUAT KALI KETIGA BERTURUT-TURUT. SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA SEMUA GURU PEMBIMBING. SMKUT...1 SUARA...1 TEKAD.


Tue, 11 Jun 2013 - KUMARAN A/L APALA NAIDU (UNIT AKADEMIK, PPD PASIR GUDANG)
Tahniah kepada semua penyelaras linus 2.0 literasi Bahasa Inggeris Daerah Pasir Gudang kerana berjaya mengisi markah saringan 2.0 literasi Bahasa Inggeris dengan capaian 100% di Portal NKRA. Pengisian di portal NKRA lengkap adalah lebih awal dari tarikh yang ditetapkan. Kelas pemulihan Literasi Bahasa Inggeris tahun 1 boleh dimulakan di sekolah masing-masing.


Sun, 09 Jun 2013 - ELANGO A/L NACIAPPAN (SMK ULU TIRAM)
Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada En. Abdul Aziz bin Awang, Penolong PPD Pembangunan Kemanusiaan dan Pn. Suhaila binti Bakit, Penolong PPD Koakademik atas kesudian hadir dan merasmikan Majlis Penutup Pertandingan dan Perkhemahan Diabolo di SJKC Ulu Tiram pada 08 Jun 2013. Ucapan tahniah turut ditujukan kepada semua AJK yang telah menjayakan pertandingan Diabolo yang julung-julung kali diadakan pada peringkat daerah Pasir Gudang. Tahniah kepada pasukan Diabolo SMK Ulu Tiram yang telah berjaya mendapat tempat pertama dan ketiga kategori kumpulan.


Mon, 03 Jun 2013 - Nora mohd Arshad (Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan)
Salam Satu Malaysia. Saya pengunjung dari Perak, mendapati modul B.inggeris sangat menarik dan tahniah kepada pihak yang telah menyediakannya. Saya mohon untuk memuatturun modul tersebut dan cuba menggunakannya. Harap mendapat keizinan dan berjaya membantu meningkat prestasi murid sekolah saya yang terdiri dari murid sekolah luar bandar. Sekian, terima kasih.


Mon, 13 May 2013 - Tuah bin Kamisan (Unit Sukan / HEM)
Diucapkan setinggi tahniah dan terima kasih kepada semua Pengurus , Pengadil , AJK Pengelola yang telah menjayakan Kejohanan MSSJ Bola Sepak 2013 dengan jayanya. Tahniah kepada pasukan L 12 dan L 18 yang mencapai sasaran hingga peringkat separuh akpa pun pencapaian pasukan PGU terima kasih atas pengorbanan yang tidak ternilai.Kepada PT Daerah tahniah atas kejayaan pengelolaan yang berjaya dan tiada insiden yang boleh mencacatkan pengelolaan permainan... tahniah.Terima kasih juga kepada Puan Hajah Fatimah Ahmad , PPD Pasir Gudang dan Encik Abdul Aziz Awang KU HEM PPD PGU atas sokongan dan kehadiran pada hari penutupan dan komitmen kepada pasukan sehingga saat akhir pertandingan.... sesungguhnya komitmen tuan puan semua amat kami hargai dan kenang dengan kejayaan pasukan PGU....


Thu, 02 May 2013 - MOHAMMED YUSOFF BIN ZAINAL ABIDIN (UNIT AKADEMIK, PPD PASIR GUDANG)
Tahniah kepada semua pengetua, guru besar dan guru penolong kanan pentadbiran yang telah berjaya melengkapkan pengisian data ADaPP kutipan pertama 2013 pada 30 April 2013. Semoga komitmen tuan/puan untuk memastikan data ADaPP peringkat daerah Pasir Gudang berada dalam keadaan cemerlang amat dihargai.


Wed, 01 May 2013 - Tuah bin Kamisan (Unit Sukan PPD Pasir Gudang)
Tahniah dan terima kasih kepada semua- Pegawai PPD Pasir Gudang ,pengurus pasukan , jurulatih dan atlet Balapan dan Padang MSSD Pasir Gudang yang mengekalkan kedudukan ke 3 keseluruhan di Kejohanan MSS Johor 2013 di Muar .Kepada Pengetua dan Guru sekolah terlibat terima kasih kerana kerjasama erat dan doa tuan mengiringi semua pegawai dan atlet sepanjang pertandingan berlangsung.Terima kasih kepada Puan Hajah Fatimah Ahmad PPD pasir Gudang yang dalam kesibukan sentiasa mengikuti dan berdoa setiap sesi pertandingan dijalankan, kepada Encik Hashim Zainal Timbalan PPD Pasir Gudang dan Encik Abdul Aziz Awang Ketua Unit HEM kerana sudi mengongsi kejayaan dengan memberi sokongan pada saat - saat akhir pertandingan , sesungguhnya dengan kehadiran tuan dan kata - kata pembakar semangat, perjuangan untuk 2014 akan lebih hebat lagi.Terima kasih juga kepada Puan Ang Wee Wee , Pengetua SMK Seri Kota Puteri yang memberikan komitmen yang sangat tinggi memberikan kemudahan kepada pasukan MSSD Pasir Gudang berlatih di sekolah dan kemudahan sekolah dikongsi bersama , sesungguhnya semua kerjasama , sokongan dan doa tuan / puan telah diterjemahkan oleh Pasukan Balapan dan Padang MSSD Pasir Gudang dengan kegemilangan pencapaian 18 pingat emas !!!tahniah .. 1 Hati ke Arah 1 Matlamat.


Tue, 30 Apr 2013 - ZAITON BINTI NGAH (SMK JOHOR JAYA 1)
Ucapan setinggi-tinggi tahniah dari warga Johor Jaya 1 kepada adik Mohamad Ika Danial Tingkatan 5SN, SMKJJ1 diatas kejayaan menjadi TOKOH NILAM peringkat KEBANGSAAN.... We are very proud of you, Oniel!!!


Sun, 28 Apr 2013 - Tuah bin Kamisan (Unit Sukan PPD Pasir Gudang)
Terima kasih diucapkan dan tahniah kepada semua Pegawai dan Jurulatih Pasukan Balapan dan Padang MSSD Pasir Gudang kerana berjaya mengekalkan kedudukan ke 3 keseluruhan dlm kejohanan MSSJ Balapan dan Padang 2013 di Muar.Kepada semua atlet yang telah mengharumkan MSSD Pasir Gudang dan sekolah amnya, pengorbanan atlet cilik semua amatlah dihargai dan membanggakan...terima kasih jua kepada Pengetua dan Guru Besar yang memberikan kerjasama dan komitmen membenarkan pegawai dan jurulatih menjalankan tugas dan sokongan kepada semua atlet yang datang dari sekolah tuan kepada Puan Ang Wee Wee Pengetua SMK Seri KOta Puteri , yang memberikan kerjasama penuh kepada pasukan MSSD Pasir Gudang , Kepada Puan Hjh Fatimah bte Ahmad , PPD Pasir Gudang yang sentiasa mengikuti perkembangan pasukan setiap sesi pertandingan , Encik Hashim bin Zainal Timbalan PPD Pasir Gudang yang sanggup turun padang bersama merayakan kejayaan , kepada Encik Abdul Aziz bin Awang Ketua Unit HEM kerana sokongan yang kuat kepada kemudahan dan keselesaan pasukan tahun ini ,sesungguhnya kejayaan Pasukan MSSD Pasir Gudang adalah kejayaan atas kerjasama dan sokongan kuat dari semua pihak.Tahniah sekali lagi dan jutaan terima kasih .....Satu Hati Ke Arah Satu Matlamat...


Sat, 27 Apr 2013 - mokthar (wakil PIBG smkut)
tahniah dan ribuan terima kasih tak terhingga diucapkan kepada smk ulu tiram khususnya sesi petang kerana telah mengadakan program motivasi al- falah baru-baru ini. anak saya dan kawan-kawan saya lain telah menunjukkan perubahan yang positif. diharapkan sekolah ini terus mengadakan program motivasi seperti ini demi kebaikan masa depan para pelajar. TERIMA KASIH SEMUA WARGA SMKUT


Fri, 26 Apr 2013 - UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT (ICT) (PPD PASIR GUDANG)
Terima kasih dan tahniah kepada semua Pengetua/Guru Besar terutamanya Guru Data Daerah Pasir Gudang atas usahasama dan komitmen yang sangat tinggi bagi memastikan ralat data Emis Online daerah mencapai sasaran (sifar ralat). Semoga kerjasama ini sentiasa berterusan. 1Hati Ke Arah 1Matlamat.


Thu, 25 Apr 2013 - Abd Rashid (PK Kokurikulum)
Tahniah kepada seluruh warga SK Taman Pasir Putih atas kejayaan pasukan kawad kaki perempuan yang telah menjadi johan dalam pertandingan tersebut dan seterusnya mewakili Johor dalam pertandingan peringkat kebangsaan.


Thu, 25 Apr 2013 - Cikgu Aishah Ibrahim (Sk Cahaya Baru)
Tahniah diucapkan kepada adik Nurin Syazwina kerana telah mengharumkan nama SK Cahaya Baru dan daerah pasir gudang kerana memperoleh PINGAT EMAS dalam acara REJAM LEMBING P12 pada Kejohanan Olahraga peringkat Negeri Johor baru-baru ini. Semoga Terus Berjaya Demi Mengharumkan nama sekolah,Daerah Pasir Gudang & Negeri Johor di peringkat Kebangsaan lagi selepas ini..Isya Allah"


Wed, 24 Apr 2013 - Cikgu Redzwan (SK Cahaya Baru)
Tahniah diucapkan kepada adik Mayang Fauni binti Ahmad Suryadi kerana telah mengharumkan nama SK Cahaya Baru dan daerah pasir gudang kerana menjadi JOHAN pertandingan Shahiba peringkat Negeri Johor baru-baru ini. Semoga Terus Berjaya Demi Mengharumkan Nama Daerah Pasir Gudang & Negeri Johor di peringkat Kebangsaan lagi selepas ini..Isya Allah


Mon, 22 Apr 2013 - HADIJAH BINTI HAJI MISRAN (SMKTAMAN DAYA2)
tahniah buat unit Kokurikulum dibawah En Wan Azmi Wan Abu Bakar dan guru -guru unit Koko serta pelajar yang telah berjaya menamatkan perkhemahan perdana yang bermula Jumaat 19 April - 21 April di Pusat Koko Tasek Utara (JPN) . Semoga semua pelajar dapat meningkatkan jati diri dan keyakinan dalam unit Uniform masing-masing . Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat.


Mon, 22 Apr 2013 - HADIJAH BINTI HAJI MISRAN (SMKTAMAN DAYA2)
TERIMA KASIH buat bekas pengetua SMK TAMAN DAYA 2, PN HJH JAMIAAH BT KECHUT .. jasa dan pengorbanan serta tunjuk ajar puan buat warga smktd2 akan dikenang dan menjadi kenangan indah buat kami semua. sekalung penghargaan buat puan, moga pn Hjh Jamiaah dapat meneruskan pentadbiran yang cemerlang di sekolah yang baru di smk kota masai. Doakan sekolah lestari dan tunas bestari akan terus cemerlang dan gemilang.. kami semua sayang PN HJH JAMIAAH BT KECHUT. terima kasih puan.


Mon, 22 Apr 2013 - GB Sk.Tmn.Johor Jaya1 (panatia Bahasa Cina SK Daerah PG)
Tahniah! Sktjj1 telah mendapat johan choral speaking dlm bahasa cina pada hari sabtu yang lalu.Terima kasih kepada guru bahasa cina,puan Cha dn semua warga sktjj1 yang menjayakan pertandingan tersebut.Tahniah kpd ppdpg secara tak lngsung.Semoga berjaya di peringkt negeri..


Sat, 20 Apr 2013 - WANG CHIH FONG (SMK TAMAN PELANGI INDAH)
KARNIVAL BC DAERAH PASIR GUDANG: Ribuan terima kasih kepada Pn Hjh Fatimah bt Ahmad, Puan PPD Pasir Gudang; KU Akademik, En. Ahmad Ali, Pengetua-pengetua SMK Daerah Pasir Gudang, Guru-guru Guru2 SM Daerah Pasir Gudang, Guru2 SMKTPI, Ibu bapa, pelajar-pelajar peserta, pelajar-pelajar SMKTPI ... terima kasih atas segala sokongan, kerjasama, kefahaman dan komitmen utk memastikan Karnival Bahasa Cina Daerah Pasir Gudang 2013 berjalan dgn lancar. Peserta melebihi 300 orang. Mohon maaf atas kesilapan /kelemahan yg ada. Semoga kita berusaha utk meningkatkan lagi pencapaian kami pada tahun depan. Dpd Pengetua/Wang CF


Sat, 20 Apr 2013 - Arulananthan Sathiamoorthy (SMK Tmn Desa Tebrau)
Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Jawatan Kuasa Kerja Pengelola Kojohanan Bola Keranjang MSSD Daerah Pasir Gudang yang berlangsung di SMK Tmn Desa Tebrau. Terima kasih juga diucapkan kepada semua sekolah menengah daerah Pasir Gudang yang mengambil bahagian. Tahniah Diucapkan kepada pasukan-pasukan yang berjaya. SMK Tmn Desa Tebrau manjadi Juara Pasukan Perempuan dan SMK Tmn Daya 2 Johan Pasukan Lelaki. Terima kasih dan Tahniah.


Sat, 20 Apr 2013 - Arulananthan Sathiamoorthy (SMK Tmn Desa Tebrau)
Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Jawatan Kuasa Kerja Pengelola Kojohanan Bola Keranjang MSSD Daerah Pasir Gudang yang berlangsung di SMK Tmn Desa Tebrau. Terima kasih juga diucapkan kepada semua sekolah menengah daerah Pasir Gudang yang mengambil bahagian. Tahniah Diucapkan kepada pasukan-pasukan yang berjaya. SMK Tmn Desa Tebrau manjadi Juara Pasukan Perempuan dan SMK Tmn Daya 2 Johan Pasukan Lelaki. Terima kasih dan Tahniah.


Fri, 19 Apr 2013 - GKMP SMKTR 2 (SMK. TMN. RINTING 2)
Selamat datang kepada Pn. Hjh. Zubaidah Binti Mohamed Ibrahim ke SMK. Tmn. Rinting 2 sebagai Pengetua yang ke 6, menggantikan tempat Pn. Choong Hooi Yoke yang telah bersara pada 9 Mac 2013 baru-baru ini. Kehadiran puan amat dihargai dan dinanti-nanti. Semoga di bawah kepimpinan puan, SMKTR.2 bertambah cemerlang dan gemilang.


Fri, 19 Apr 2013 - Cikgu Ambia (Pergerakan Puteri Islam Pasir Gudang)
Takziah kpd keluarga Pn Wan Asmah Bt Wan Mohamad, guru di SK Ulu Tiram yg jg AJK PPIM Pasir Gudang, yg telah kembali ke rahmatullah pada 18 April 2013. Semoga rohnya dicucuri rahmat, segala khidmat bakti beroleh berkat & dikenang hingga akhir hayat. Al fatihah.


Thu, 18 Apr 2013 - Ahmad Shah (SMK Tmn Daya 2)
Ucapan terima kasih cikgu ditujukan kepada pn pengetua, Pn Hajah Jamiaah Bte Kechut yang telah berpindah ke SMK Kota Masai. 4 tahun mentadbir SMKTD2 dengan jayanya. banyak kejayaan dan peristiwa manis sepanjang pentadbiran beliau. semoga pn terus berjaya di sekolah yang baharu. diucapkan juga Selamat Datang kepada Pn hjh Zainab B. Hj Laimang pengetua baharu SMKTD2. semoga kecemerlangan SMKTD2 berterusan di bawah pimpinan puan.


Wed, 17 Apr 2013 - EN MOHD ISRAFIL BIN TAHIR (SK DESA CEMERLANG )
Takziah ,,,,, Buat seluruh keluarga Allayarham Tuan Syed Mohd Pauzi Nim Syed Idris ..... semoga rohnya berada disisi orang-orang yang soleh dan berikan , al Fatihah.


Mon, 15 Apr 2013 - SETRA RASU A/LSUPPAIAH (SMK DESA CEMERLANG)
Tahniah dan terimakasih kepada En. Husnizar B. Ahmad dan semua warga kaunselor Zon Tiram yang telah sama-sama menjayakan Program Expo Kerjaya peringkat Zon Tiram pada 13/4/203 tempoh hari. Saya selaku penyelaras amt berbangga dapat satu pasukan seperti anda semua. Diharapkan kita akan teruskan denga usaha murni kita dalam mendidik anak bangsa. Sekali lagi tahniah dan terima kasih saya ucapkan


Mon, 15 Apr 2013 - EN. NORDIN BIN MUKRI (PENGETUA. SMK KOTA MASAI 2)
MAKLUMAN TUAN SYED MOHD PAUZI NIM SYED IDRIS TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA PG INI BERTARIKH 15.04.2013(ISNIN) KAMI WARGA SMK KOTA MASAI 2 AMAT BERSEDIH DENGAN PEMERGIAAN ALLAYARHAM. KAMI MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM. JIKA INGIN MENZIARAHI UNTUK KALI TERAKHIR DISERTAKAN ALAMAT INI NO 7 JALAN MAWAR 2, TAMAN MAWAR, PASIR GUDANG. AL-FATIHAH


Sat, 13 Apr 2013 - Tuah bin Kamisan (Unit Sukan / HEM)
Tahniah dan terima kasih kepada semua Pengetua / Guru Besar yang telah memberikan kerjasama sehingga kelangsungan Kejohanan Balapan dan Padang dalam keadaan baik dan sempurna. Kepada AJK Kejohanan / pegawai pasukan / atlet terbabit terima kasih kerana berjuang untuk menaikkan nama sekolah dan daerah sekaligus mencipta sesuatu pada pasukan yang dapoat dibanggakan sekolah dan daerah . Bagi pegawai / atlet yang akan mewakili Daerah Pasir Gudang tanamkan tekad untuk berjaya , komited , bagi meraih kecemerlangan berganda di Muar dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSS Johor!!!!!Sesungguhnya hanya dengan disiplin yang kuat , latihan berterusan , nasihat / tunjuk ajar guru dipatuhi semua atlet boleh berjaya hingga ke peringkat mana pun ...akhirnya doa dan sembahyang yang dipelihara sebaik dan seikhlas mungkin akan membantu semua atlet !!! amin .


Thu, 11 Apr 2013 - Subash Barlah (SJK(T)Masai)
Tahniah dan syabas kepada para penari SJK(T)Masai yang mengambil bahagian dalam program Lantai Cilik dan dapat menunjukkan satu persembahan yang baik.Kumpulan penari dapat merebut tempat ke-empat dalam pertandingan tersebut dalam peringkat kebangsaan.Tahniah!


Mon, 08 Apr 2013 - ELANGO A/L NACIAPPAN (SMK ULU TIRAM)
SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TAHNIAH KEPADA VENOSHA A/P K. RAVANA ATAS KEJAYAAN MERANGKUL 4 ANUGERAH PERINGKAT KEBANGSAAN DALAM MAJLIS 3RD YOUNG WRITERS AWARD ANJURAN NEW STRAITS TIMES DI PUTRA JAYA.ANUGERAH YANG DITERIMA: BEST SURVEY COMMENT:HOW CAN WATER ISSUES IN THE KLANG VALLEY BE RESOLVED, MOST PROMISING NEWCOMER(SECONDARY),BEST SHORT STORY (MUSE): REUNITED IN HEAVEN, BEST REVIEW (POEM): CRAZY DREAMS. SESUNGGUHNYA KEJAYAAN ANDA MERUPAKAN PENGHARGAAN KEPADA SMK ULU TIRAM KHASNYA DAN DAERAH PASIR GUDANG AMNYA. SEMOGA KECEMERLANGAN PELAJAR-PELAJAR SMK ULU TIRAM BERTERUSAN. SYABAS VENOSHA..


Tue, 02 Apr 2013 - PARIZAL ABU BAKAR (SK SERI KOTA PUTERI 4)
Tahniah pada pasukan kriket Johor bawah 12 tahun yang telah berjaya mempertahankan kejuaraan. Jutaan tahniah juga pada Adik Adam Ghani,.Adik Israf Izzudin (SK Kopok)yang telah dinobatkan sebagai pemukul terbaik dan pemain terbaik keseluruhan pada kejohanan kriket MSSM tersebut.Anda bukan sahaja mengharumkan nama Johor malah Daerah Pasir Gudang dipentas Malaysia..Syabas..



Muka Pertama | « [2/50] » | Muka 50