Tarikh Penting

UPSR

5 September 2016


PT3

11 Oktober 2016


SPM

7 November 2016


STAM

17 Oktober 2016


Buku Pelawat

AJK KEBIRUS 2016 ,
KEBIRUS SMK TUN FATIMAH HASHIM

"Tahniah diucapkan kepada seluruh Warga SMK Tun Fatimah yang berusaha bersama-sama untuk menjayakan Majlis Perasmian Pertukaran Nama Sekolah daripada SMK Taman Daya 3 kepada SMK Tun Fatimah Hashim. Perasmian oleh Profesor Datok Dr. Khalid Ali Bin Tan Sri Abdul Kadir (Yayasan Tun Fatimah Hashim) pada hari Ahad 27 Mac 2016. Semoga Majlis berjalan dengan lancar. "
Papar/Isi

Muat Turun Fail

lagi....

Pengguna Online

       12 pelawat di talian

Buku Pelawat


Nama :
Dari ? :
Email :
Ucapan  


Mon, 09 May 2011 - Arwandi (JJ1) (PT Ragbi-Rendah)
Taniah kepada pemain2 Ragbi L-12 pasir gudang kerana berjaya menjadi Johan pertandingan Ragbi MSSJ 2011 di Kluang,Syabas dan terima kasih kepada semua pegawai serta guru-guru yang terlibat. Semoga dapat kita tingkatkan Usaha untuk mengekalkan kejuaraan ini..Insyaallah.


Mon, 09 May 2011 - Cikgu Bola (SKST)
Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak bawah 12 tahun Pasir Gudang kerana menjadi Johan Kejohanan Bola Sepak MSSJ 2011. Kepada barisan jurulatih, pengurus,serta semua yang terlibat juga tahniah diucapkan.....


Mon, 09 May 2011 - ELANGO A/L NACIAPPAN (SMK ULU TIRAM,JB)
TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMAIN BOLA SEPAK L18 SMK ULU TIRAM ATAS KEJAYAAN ANDA MENJADI JUARA PERINGKAT MSSD PASIR GUDANG. SYABAS DAN TAHNIAH JUGA KEPADA GURU PENASIHAT, EN. ARIF ATAS KESUNGGUHAN DAN KOMITMEN ANDA. TERUSKAN KECEMERLANGAN ANDA.


Sun, 08 May 2011 - CIKGU BOLA (JJ2)
Tahniah kepada pasukan bolasepak L12, L15 dan L18 Pasir Gudang kerana menjadi Juara, tempat keempat dan Naib Juara dalam Kejohanan Bolasepak MSSJ di Mersing. Kejayaan sukan nombor satu ini membuktikan bahawa Pasir Gudang tidak ketandusan bakat dan berupaya menjadi terbaik dalam kalangan terbaik. Tahniah kepada semua saf pimpinan...


Sun, 08 May 2011 - Nik Nor Asiah (Pt Bola Jaring (Menengah)Pasir Gudang)
Taniah kepada pemain2 bola jaring pasir gudang P15 dan P18thn kerana berjaya menjadi Naib Johan pertandingan bola jaring MSSJ 2011 di pontian dan menjadi tempat kedua keseluruhan di negeri Johor,Syabas dan terima kasih kepada jurulatih dan pengurus serta guru-guru yang terlibat.Kita sudah buktikan kita antara yang terbaik.


Fri, 06 May 2011 - Wan Bidah bt Wan Salleh (SMK TJJ2)
Tahniah diucapkan kepada Pen Kanan Pend Khas Pn Salmah Sahari dan guru-guru serta PPM PK JJ2 yang telah berjaya melaksanakan Minggu Pend Khas JJ2 dengan cemerlangnya. Terima kasih kepada Pn Rohani Sulaiman Penolong PPD Pend Khas Pasir Gudang kerana sudi merasmikan penutupan Minggu Pend Khas JJ2 pada hari ini 6/5/2011. Semoga semua pelajar PK JJ2 terus cemerlang.


Fri, 06 May 2011 - FasiLINUS (PPD Pasir Gudang)
Tahniah diucapkan kepada semua guru-guru LINUS yang telah berjaya mengisi 100% PORTAL NKRA LINUS dengan jayanya. Kerjasama guru-guru amatlah dihargai dan disanjungi. Tahniah juga kerana telah membantu pihak PPD untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.


Fri, 29 Apr 2011 - JJL & JMU (SKTR1)
Tahniah kepada pasukan ragbi rimau SKTR1 yang telah menjadi johan Pertandingan Ragbi Rimau Bawak 12 Tahun yang telah diadakan pada 28.4.2011 bertempat di SKTJJ1..Tidak dilupakan kepada para pemain serta jurulatih yang banyak bekorban sehingga SKTR1 mencapai kejayaan yang camerlang. Tahniah SKTR1..!!!


Fri, 29 Apr 2011 - CMD (SMK Ulu Tiram)
Tahniah Pasukan Bolasepak L18 SMKUT menjadi juara Pertandingan Bolasepak MSSD Pasir Gudang 2010. Moga kejayaan ini dapat dikekalkan ditahun-tahun akan datang. Terima Kasih Cikgu Arif.


Fri, 29 Apr 2011 - Man (Taman Daya)
TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SK TAMAN DAYA (2) YANG MENJADI JOHAN KEJOHANAN SEPAKTAKRAW BAWAH 12 THN DAERAH PASIR GUDANG. SEMOGA KECEMERLANGAN DAPAT DITERUSKAN KE PERINGKAT YANG SETERUSNYA.


Fri, 29 Apr 2011 - KAMARUDIN (SK KEMPAS)
KEJOHANAN FUTSAL MILO KOMUNITI GURU LELAKI NEGERI JOHOR PADA 15 MEI 2011 (AHAD). TARIKH TUTUP 10 MEI 2011. JOHAN RM1000.00 SILA LAYARI : skkempas.blogspot.com untuk mendapatkan borang dan maklumat lanjut.


Wed, 27 Apr 2011 - YAN (SK KEMPAS)
salam 1malaysia,,,,kepada warga pendidik daerah pasir gudang....di jemput menyertai KARNIVAL FUTSAL KOMUNITI GURU PADA 15 MEI 2011 DI SKUDAI sempena sambutan hari guru... JOHAN wang tunai RM1000...maklumat lanjut hubungi cikgu kamarudin 013-7632689....'GURU CERGAS MURID CERDAS'


Wed, 27 Apr 2011 - PN. SITI AISYAH MAHFUDZ (SK PASIR GUDANG 2)
"SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN BUAT WARGA SK PASIR GUDANG 2 YANG TELAH MENDAPAT TEMPAT KEEMPAT DALAM KEJOHANAN BOLA JARING MSSD PASIR GUDANG BARU-BARU INI. SEMOGA SKPG2 TERUS MELAKAR KEJAYAAN BAGI TAHUN 2011".


Tue, 26 Apr 2011 - Warga Sekolah SJK ( C ) CHIEN CHI ()
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Tuan Timbalan PPD Pasir Gudang, Encik Supiandi bin Yusof, wakil rasmi PPD Pasir Gudang Puan Hajah Sa'adiah bt Said, dan Tuan Haji Mohamad Shar bin Jasman, wakil rasmi Encik Mohamad Samudin bin Johari (PPPDR)di atas kesudian mereka melapangkan masa meraikan majlis persaraan Mantan Guru Besar kami Encik Siew Ah Tong pada 25.4.2011 dari awal hingga akhir majlis. Terima kasih juga diucapkan kepada semua Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Pasir Gudang dan sekalian tetamu yang hadir. Semoga majlis ini sentiasa didalam ingatan tuan/puan. Kepada Encik Siew Ah Tong kami mendoakan beliau serta keluarganya sentiasa berbahagia dan dikurniakan kesihatan yang baik. Tidak lupa juga kepada Cik Noryati bt Samid yang telah mengaturkan kehadiran tetamu yang kami undang dari PPD Pasir Gudang.


Mon, 25 Apr 2011 - cegusains (skkm 2)
tahniah dan syabas kepada kontinjen p.gudang dlm kejohanan olahraga mssm baru baru ini.....sekalung tahniah khasnya kpd kontinjen skkm 2 yang mewakili mssd p.gudang diatas pencapaian memungut 3 emas.....cemerlang gemilang terbilang...tidak dilupakan kepada guru2 yg terlibat secara langsung atau tidak....terutamanya En Mohd Haszam dan En Abdullah..........


Thu, 21 Apr 2011 - JALINAWATY ABDUL JALIL (SMK TAMAN DAYA 2)
TERIMA KASIH DARI KAMI WARGA SMKTD2 DI ATAS KERJASAMA YANG TELAH DIBERIKAN OLEH PENGETUA, PENTADBIR, KAUNSELOR ,WARDEN DAN WARGA SMKA JOHOR BAHRU SEMPENA PROGRAM LAWATAN BESTARI PMR (SMKTD 2) PADA 10 APRIL-15 APRIL 2011. RESPONSE YANG DITERIMA SANGAT POSITIF DAN PARA PELAJAR BERHARAP MEREKA DAPAT BELAJAR DI TING. 4 DI SMKA JOHOR JAYA PADA TAHUN HADAPAN.SEMOGA SEGALA BUDI BAIK AKAN DIKENANG DAN KEPUTUSAN PMR 2011 AKAN TERUS CEMERLANG. TERIMA KASIH DAUN KELADI.


Thu, 21 Apr 2011 - TUAH BIN KAMISAN (SK SERI ALAM 2)
Tahniah kepada kontinjen Olahraga MSSD pasir Gudang atas pencapaian yang cemerlang , kepada semua pegawai dan jurulatih tahniah dan "well done " , hasil keringat dan usaha tuan puan akan terbalas jua dalam bentuk yang kita tidak duga. tahniah dan syabas sekali lagi " SEMOGA KECEMERLANGAN DAN KEJAYAAN SENTIASA DICAPAI DAERAH PASIR GUDANG ".. kepada semua atlit cilik dan remaja Pasir Gudang ,anda BOLEH!!!!


Wed, 20 Apr 2011 - Pn. Kavitah, GBK (SMK Tg Puteri Resort)
TAHNIAH DAN SYABAS kepada semua pasukan SMKTPR yang mewakili pertandingan peringkat daerah, Bola Tampar MSSD (Johan L18 & P18, Naib Johan L18), Pasukan Kawad (KRS Lelaki - Johan KRS/Ketua Pelatun Tarbaik, Kadet Polis Perempuan - Naib Johan GO, Renjer Puteri - Johan NGO), Sepak Takraw MSSD (Lelaki 18 - Johan & Naib Johan). TAHNIAH juga diucapkan kepada semua guru penasihat yang membimbing & melatih mereka pengorbanan anda sangat berbaloi. Well Done!!!


Wed, 20 Apr 2011 - jaidi ali ( taman pasir putih)
Tahniah kepada sk taman pasir putih kerana johan kawad kaki sekolah rendah kategori lelaki dan perempuan. Tahniah juga kepada jurulatih-jurulatih, PK Koko cikgu rashid dan semua warga sktpp semoga peringkat negeri nanti mendapat tempat yang terbaik juga. usaha tangga kejayaan.


Wed, 20 Apr 2011 - Enal (Ulu Tiram)
Tahniah kepada SK Taman Pasir Putih kerana menyapu bersih kedudukan johan kejohanan kawat kaki lelaki dan perempuan sekolah-sekolah rendah daerah pasir gudang. Cuma rasa terkilan ketua hakim dan 3 pengadil kejohanan tersebut adalah dari yang sekolah sama.....renung-renungkan....syabas En. Nordin


Tue, 19 Apr 2011 - Zaxx (Taman Daya)
Tahniah Pasukan Kadet Polis Lelaki SMK Taman Daya 3: Johan & Ketua Platun Terbaik - Pertandingan Kawad Kaki GO PPD P. Gudang 2010 & 2011, Naib Johan & Kedua Sarjan Terbaik - Pertandingan Kawad Kaki Piala PDRM IPD Johor Bahru Selatan 2011. Semoga kecemerlangan terus menjadi aspirasi kemajuan pada masa-masa akan datang.


Tue, 19 Apr 2011 - Aishah Ibrahim (Guru Sk Cahaya Baru)
TAHNIAH KEPADA MUHD FARID BIN MUHD LASIM KERANA TELAH BERJAYA MEMPEROLEHI PINGAT EMAS DALAM ACARA LOMPAT TINGGI MSSJ. SEMUA WARGA SK CAHAYA BARU SANGAT BANGGA DAN GEMBIRA DI ATAS KEJAYAAN INI.INILAH PRODUK DARI SK CAHAYA BARU.


Mon, 18 Apr 2011 - Azni Bte. Mohamad (SMK. Taman Daya 3)
Tahniah kepada pasukan Kadet Polis Putera SMKTD 3, di atas kejayaan meraih Naib Johan di pertandingan Kawad Kaki IPD Selatan pada 16/04/2011. Sekalung tahniah kepada guru-guru kadet polis terutama Cikgu Mohd. Zasni B. Mohd. Ahad di atas usaha yang berterusan dan tidak pernah mengalah. Kepada Kadet Polis Puteri, cuba lagi pada tahun akan datang.


Fri, 15 Apr 2011 - IZFAZELA BINTI IBRAHIM (smk taman johor jaya 2)
Salam...Tahniah di ucapkan kepada pasukan St John Ambulans Malaysia Smk Taman Johor Jaya 2 kerana telah mendapat johan pertandingan kawad kaki NGO peringkat daerah Pasir Gudang dan ketau platun terbaik yang berlangsung di smk permas jaya 2 pada 14 april 2011..syabas kpd semua ahli yg terlibat dan guru-guru sekalian..sesungguhnya usaha yang gigih pasti membuahkan hasil..semoga lebih berjaya lagi di masa akan datang..Tahniah!


Fri, 15 Apr 2011 - JALINAWATY BT ABDUL JALIL (SMK TAMAN DAYA 2)
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA WARGA PENTADBIR SM SAINS KOTA TINGGI YANG DIKETUAI OLEH TN HJ HASSAN B TOPIT, HJ MOHAMAD ALIM B KONTING,EN ABD AZIZ B HUSSIN, SEMUA GKMP, GURU-GURU, WARDEN DAN PELAJAR SM SAINS KOTA TINGGI.TERIMA KASIH KERANA SUDI MENERIMA ROMBONGAN LAWATAN BESTARI PMR DARI 10 APRIL 2011-15 APRIL 2011. SEMPGA JALINAN DAN JARINGAN YANG TERJALIN SELAMA INI DAPAT TERUS DIKEKALKAN DAN DAPAT DIKONGSI BERSAMA SAMADA DARI SEGI IDEA MAHUPUN PENGALAMAN. TERIMA KASIH DAUN KELADI DAN SEMOGA BUDI BAIK TUAN/PUAN AKAN SELALU DIKENANG DAN DIBALAS ALLAH S.W.T


Fri, 15 Apr 2011 - izhwan (jawatankuasa teknik & pembangunan bola baling mssd pasir gud)
'Tahniah kepada kontingen Bola Baling MSSD Pasir Gudang kerana berjaya mencapai kedudukan naib johan keseluruhan di pertandingan MSSJ pada 8,9 & 10 Apr 2011 di SMK Vokasional Batu Pahat' Teruskan usaha.


Fri, 15 Apr 2011 - PK Kokurikulum SMKTPR (SMK Tg. Puteri Resort)
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pasukan SMKTPR yang mewakili pertandingan peringkat daerah, iaitu Bola Tampar MSSD (Johan L18 & P18, Naib Johan L18), Pasukan Kawad (KRS Lelaki - Johan KRS, Kadet Polis Perempuan - Naib Johan GO, Renjer Puteri - Johan NGO), Sepak Takraw MSSD (Lelaki 18 - Johan & Naib Johan). Kepada Pasukan KRS, tahniah kerana pasukan kita akan mewakili daerah Pasir Gudang ke peringkat negeri di Batu Pahat nanti. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua guru penasihat yang membimbing & melatih mereka serta kepada semua guru yang sudi menggantikan kelas guru yang terlibat. Semoga kejayaan yang lebih cemerlang akan menyusul. TQ!!!


Thu, 14 Apr 2011 - ameer Tjg Puteri ()
TAHNIAH SMK TANJONG PUTERI RESORT 1.BOLA TAMPAR MSSD- JOHAN L18,NAIB JOHAN L18 DAN JOHAN P18 2.SEPAK TAKRAW MSSD - JOHAN L18 DAN NAIB JOHAN L18 3.KAWAD KAKI DAERAH - PASUKAN KRS LELAKI JOHAN DAN KETUA PLATUN TERBAIK, KADET POLIS PEREMPUAN-NAIB JOHAN DAN RANJER PUTERI-JOHAN DAN KETUA PLATUN TERBAIK.................al-hamdulillah Terima Kasih kepada guru2 yang berkerja keras dan komitment pelajar SMKTPR...dan tak lupa kepada pentadbir sekolah yang byk memberi sokongan.


Thu, 14 Apr 2011 - AZHARIAH BINTI ABDUL AZIZ (SMK TANJUNG PUTERI RESORT)
Salam, tahniah diucapkan kepada pasukan KRS SMKTPR yang telah berjaya mempertahankan kejuaraan selama 2 tahun berturut-turut dan tahniah kepada saudara Mohd Samir Hisyamuddin bin Hainuddin yang telah terpilih sebabagai Komandan Terbaik. Tahniah juga kepada pasukan Kadet Polis (perempuan) kategori GO yang berjaya menjadi Naib Johan... Syabas kepada semua guru dan pelajar yang terlibat kerana usaha gigih anda semua menghasilkan kejayaan.Semoga usaha ini akan diteruskan juga untuk meraih kejayaan dalam bidang akademk....Tahniah dan syabas


Thu, 14 Apr 2011 - Ain Izahar (S/U Majlis Perhubungan PK HEM)
Ucapan tahniah daripada semua PK HEM daerah Pasir Gudang kepada Pn Juahriah(mantan PK HEM SMK Taman Daya 2) yang menjadi PK Pentadbiran SMK Kota Puteri dan Pn Hjh Hasnah Bt Yussof (mantan PK HEM SMK Pasir Gudang) sebagai PK Pentadbiran SMK Bandar Seri Alam.Kepada Pn Maznah Bt Mohd Yatim (mantan PK Koku SMK Desa Tebrau) yang menjadi PK HEM di SMK Taman Daya 2 dan En Ali Haron (mantan Penyelia Petang SMK Pasir Gudang 3) menjadi PK HEM SMK Pasir Gudang,serta Pn Salina Salleh (mantan PK Koku SMK Bandar Seri Alam) yang menjadi PK HEM SMK Bandar Seri Alam,tahniah..Kami mendoakan tuan/puan akan terus cemerlang dengan jawatan baru yang disandang..


Thu, 14 Apr 2011 - MOHD HAIRUDIN BIN RUBAAIN (SK TAMAN DAYA 3)
Terima kasih dan syabas kepada semua guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam Kejohanan Hoki MSSD Pasir Gudang dan MSSJ 2011 yang telah berlangsung dengan jayanya.Alhamdullah segala apa yang telah dirancang dan dilaksanakan telah membuahkan hasil hinggakan kejuaraan menjadi milik kita tahun ini bagi pasukan hoki bawah 12 tahun lelaki dan perempuan dalam Kejohanan Hoki MSS Johor 2011. Ini adalah hadiah di atas kerja keras kita selama ini tanpa mengira masa , tenaga dan wang ringgit . Segala kepayahan dan keperitan telah terubat dengan kejuaraan berganda pada tahun ini . Terima kasih semua . Tanpa kerjasama, komitmen dan kerja keras kita semua tak mungkin kejayaan menjadi milik kita bersama . Kejuaraan ini adalah untuk semua . Terima kasih .


Thu, 14 Apr 2011 - Guru guru SMK Seri Kota Puteri ()
Tahniah kepada Pasukan Kawad Kaki KPA lelaki dan Perempuan kerana Muncul Juara (Perempuan) dan Nombor tiga (Lelaki)pada pertandingan Kawad Kaki GO pada 13hb 4 2011...tahniah tahniah dan tahniah, usaha tangga kejayaan


Thu, 14 Apr 2011 - Azni Bte Mohamad (Gpk kokurikulum SMKTD3)
TAHNIAH. Kepada pasukan Kadet Polis Putera SMKTD3 di atas kejayaan mengulangi kejuaraan pertandingan kawad kaki kategori GO sekolah-sekolah menengah Daerah Pasir Gudang. Kepada pasukan Kadet Polis Puteri dan KRS Puteri, cuba lagi pada tahun hadapan. TERUS MAJU.


Thu, 14 Apr 2011 - JALINAWATY ABDUL JALIL (SMK TAMAN DAYA 2)
UCAPAN TAHNIAH DARIPADA KAMI WAKIL GKMP UNTUK KEDUA-DUA ORANG WARGA PENDIDIK SMK TAMAN DAYA 2 YANG AKAN MENJAWAT JAWATAN PK 1 IAITU PN HJH JUAHRIAH BT ALI ( SMK SERI KOTA PUTERI) DAN EN ARULANANTHAN A/L SATHIAMOORTHY SEBAGAI PK KOKO (SMK DESA TEBRAU). SEMOGA TERUS CEMERLANG DI SEKOLAH DAN JAWATAN YANG BAHARU. JASA PN HJH JUAHRIAH DAN EN ARUL AKAN TERUS KAMI KENANG . TUAI PADI ANTARA NAMPAK, ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN, INTAI KAMI ANTARA NAMPAK, ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN. CONGRATULATIONS AND DEFINETLY WE WILL MISS BOTH OF YOU.


Wed, 13 Apr 2011 - asrol faezal b hamad (sk kota masai 2)
tahniah kepada pasukan hoki LP12 MSSD Pasir Gudang kerana telah mengharumkan nama PPD Pasir gudang atas kejayaan berganda dimana kedua-dua pasukan telah dinobatkan juara pertandingan hoki MSSJ tahun 2011. ucapan tahniah dan syabas juga ditujukan kepada semua pegawai pasukan yang terlibat kerana usaha keras anda semua membuahkan hasil yang lumayan pada tahun ini. tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua yang terlibat....semoga kejuaraan ini dapat dipertahankan pada tahun hadapan...


Tue, 12 Apr 2011 - Surieyani (S/U MP PK KOKO)
Tahniah kepada semua pelajar sekolah yang menyertai pertandingan kawad kaki SM kategori KRS (L & P) pada hari ini. Sememangnya anda semua adalah pemenang kerana mampu meneruskan perjuangan dalam cuaca panas terik. Terima kasih kepada semua PK Koko dan AJK yang hadir. Terima kasih tidak terhingga kepada wakil PPD, ENCIK NORDIN BIN RUKANI kerana sudi hadir.Sokongan anda amat kami hargai. Dan kepada semua PK Koko jangan lupa...kita masih ada 2 hari lagi untuk kategori GO dan NGO. Selamat bertugas


Tue, 12 Apr 2011 - Robiah Binti Kadir (SMK. Taman Daya)
Selamat datang kepada Puan Rosehiday Binti Hasim ke SMK Taman Daya sebagai Penolong Kanan Pentadbiran. Kedatangan puan menjadi warga TDS amat kami alu-alukan.


Mon, 11 Apr 2011 - Amirul (SK Kopok)
Tahniah diucapkan kpd kontinjen hoki MSSD Pasir Gudang Bawah 12 Tahun yang telah menjuarai kategori lelaki dan perempuan pada Kejohanan Hoki MSSJ yang telah diadakan d Stadium Hoki Taman Daya pada 8-10 April yang lepas. Tahniah juga diucapkan kepada Pengerusi Teknik Rendah En. Hairudin yang berjaya mengadakan program pembangunan hoki di peringkat akar umbi sehingga pasukan Pasir Gudang berjaya memecahkan dominasi pasukan hoki Johor Bahru dan muncul sebagai kuasa baru sukan hoki di negeri Johor. Tidak dilupakan jutaan terima kasih kepada En. Abd Aziz, En. Asri dan En. Mohd Ramli yang sentiasa menyokong setiap program pembangunan hoki yang telah dirancang. TAHNIAH...


Mon, 11 Apr 2011 - AZHARIAH BT ABDUL AZIZ (SETIAUSAHA MAJLIS PERHUBUNGAN PK PENTADBIRAN)
Salam sejahtera, Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Pentauliahan Pemimpin Tertinngi KRS Sekolah Menengah Pasir Gudang.SEgala usaha dan jasa bakti tuan/puan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.


Sun, 10 Apr 2011 - PT Bola Sepak Zon Johor Jaya/Pasir Gudan (SKPJ 1)
Salam... Tahniah diucapkan kepada pasukan2 zon yg terlibat dalam Pertandingan Bola Sepak Bwh 12 tahun MSSD Pasir Gudang 2011. Terutamanya ZOn Johor Jaya yg kali pertama menjadi JOHAN walaupun hanya beberapa sekolah sahaja yg mengambil bahagian dlm pertandingan peringkat zon. Namun, hasil kerjasama sepasukan yang ditunjukkan oleh Pegawai dan pemain telah membuahkan hasil. TAHNIAH PASUKAN ZON JOHOR JAYA KERANA MENJADI JOHAN MSSD PASIR GUDANG 2011



Muka Pertama | « [19/54] » | Muka 54