Tarikh Penting

UPSR

11 September 2017


PT3

9 Oktober 2017


SPM

6 November 2017


STAM

23 Oktober 2017


Buku Pelawat

LIN ,
MASAI

"AL-FATIHAH DIUCAPKAN KEPADA ARWAH EN IBRAHIM, PEMBANTU OPERASI SJK(C) MASAI YANG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH HARI INI.SEMOGA ALLAH MERAHMATI ROH BELIAU DAN DITEMPATKAN DALAM KALANGAN ORANG-ORANG YANG SOLEH SERTA SYURGA SEBAGAI GANTI TEMPAT TINGGALNYA DAN BERILAH KESABARAN KEPADA AHLI KELUARGA BELIAU.AMIN"
Papar/Isi

Muat Turun Fail

lagi....

Pengguna Online

imran
       28 pelawat di talian

Buku Pelawat


Nama :
Dari ? :
Email :
Ucapan  


Tue, 03 Jan 2017 - LIN (MASAI)
AL-FATIHAH DIUCAPKAN KEPADA ARWAH EN IBRAHIM, PEMBANTU OPERASI SJK(C) MASAI YANG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH HARI INI.SEMOGA ALLAH MERAHMATI ROH BELIAU DAN DITEMPATKAN DALAM KALANGAN ORANG-ORANG YANG SOLEH SERTA SYURGA SEBAGAI GANTI TEMPAT TINGGALNYA DAN BERILAH KESABARAN KEPADA AHLI KELUARGA BELIAU.AMIN


Sun, 09 Oct 2016 - Semua GPI pasir Gudang (Talhah PEKDIS PG)
Tahniah diucapkan kepada kontinjenPekdis PG kerana berjaya muncul sebagai juara keseluruhan di Karnival Sukan Pekdis Negeri Johor. PEKDIS PG merangkul Johan Futsal, Johan Bola jaring, Naib Johan Pingpong, Naib Johan Bowling (L) & Suku akhir Badminton. Semoga kecemerlangan akan berterusan di kejohanan sukan pekdis kebangsaan di Perak nanti


Tue, 26 Jul 2016 - SS (Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, Johor)
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون Diucapkan kepada warga SK LKTP Ulu Tebrau akan kehilangan Guru Besar, Pn Rohana Bt Bahari yang meninggal dunia pada pagi tadi. Semoga Allah merahmati roh beliau dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh. Amin


Thu, 07 Jul 2016 - Zzan (Pasir gudang)
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarga Ustz Amin Firdaus SK Permas Jaya 5


Tue, 22 Mar 2016 - AJK KEBIRUS 2016 (KEBIRUS SMK TUN FATIMAH HASHIM)
Tahniah diucapkan kepada seluruh Warga SMK Tun Fatimah yang berusaha bersama-sama untuk menjayakan Majlis Perasmian Pertukaran Nama Sekolah daripada SMK Taman Daya 3 kepada SMK Tun Fatimah Hashim. Perasmian oleh Profesor Datok Dr. Khalid Ali Bin Tan Sri Abdul Kadir (Yayasan Tun Fatimah Hashim) pada hari Ahad 27 Mac 2016. Semoga Majlis berjalan dengan lancar.


Wed, 02 Mar 2016 - WARGA SK PASIR GUDANG 3 (SK PASIR GUDANG 3)
TAHNIAH dan TERIMA KASIH diucapkan kepada EN OTHMAN B. A RAHMAN atas bakti dan budi yang diberikan sepanjang berkhidmat di SKPG3 (Nov 2014-Mac 2015). Kami warga SKPG3 mengucapkan SELAMAT BERSARA. Semoga tuan terus sukses dalam apa jua yang dilakukan selepas ini.. moga Allah rahmati dan redhai kehidupan tuan... ameen...


Sun, 03 Jan 2016 - En.T.Pannir Selvam (SJK(T) Ladang Tebrau)
Saya mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pendidik daerah Pasir Gudang.


Wed, 09 Dec 2015 - Fazlina Binti Hashim (SJK(T) Masai)
Salam Takziah kepada ahli keluarga Allahyarham En. Mohd Afandi Bin Abdullah.Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan hamba-hambanya yang soleh dan beriman.Al-Fatihah.


Tue, 08 Dec 2015 - Warga SK Tmn Bukit Tiram ()
Salam takziah kepada ahli keluarga Allahyarham En. Mohd Afandi Bin Abdullah dan seluruh warga PPD Pasir Gudang. Sesungguhnya dari Dia kita datang, kepadaNya jua kita kembali. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah...


Thu, 05 Nov 2015 - TUAH BIN KAMISAN (unit sukan HEM)
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua Tuan Pengetua dan Guru Besar , Pengarah MRSM dan Pengetua SM Seni Malaysia atas kejayaan PPD Pasir Gudang mendapat tempat Naib Johan Keseluruhan Majlis Sukan Sekolah Johor tahun 2015 dan tempat ke 4 PSKPP Johor 2015. Terima kasih atas kerjasama erat yang diberikan kepada semua GPK khususnya GPK Koko dan Setiausaha Sukan Sekolah , semua guru dan murid yang melibatkan diri dalam aktiviti MSSD , MSSJ dan PSKPP PGU kerana kejayaan tersebut. Sesungguhnya kerjasama dan pengorbanan semua amatlah dihargai semoga akan mendapat kejayaan yang gemilang berterusan . Tahniah!!!! Pasir Gudang Peneraju Kegemilangan.....


Sun, 11 Oct 2015 - TUAH BIN KAMISAN (UNIT SUKAN PPD PASIR GUDANG)
Terima kasih dan tahniah buat semua Pengetua dan Guru Besar , semua GPK Kokurikulm Sekolah , Guru - guru dan Staf sekolah yang telah menjayakan Hari Sukan Negara 2015 pada 10 Oktober 2015. Budi ang baik menjadi ikutan , amalan yang sihat menjadi pegangan.... tahniah .!!


Thu, 10 Sep 2015 - Ustazah Kalthoum Binti Haji Hanapi (SK Semop, Daro, Mukah, Sarawak)
Terima kasih atas perkongsian bahan PPGB yang sangat-sangat diperlukan ini. Selamat HAri Raya Aidiladha yang bakal menjelang tiba untuk semua.


Thu, 16 Jul 2015 - L.SUBRAMANIAM ( GURU BESAR) (SJK(T) LDG ULU TIRAM./ Pengerusi MGB T Daerah PG)
Diucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDLFITRI kepada Pegawai PPD PG dan Semua warga PPD PG serta Guru Besar,Guru-guru dan Murid Daerah Pasir Gudang sekalian .Semoga hari lebaran ini membawa kegembiraan bersama keluarga tercinta.Maaf Zahir dan Batin. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.


Tue, 14 Jul 2015 - GURU (SK TAMAN PELANGI INDAH)
Selamat Hari Raya maaf zahir & batin khusus untuk semua pendidik Daerah Pasir Gudang dengan ucapan dipohonkan kepada Allah S.W.T. agar merahmati kami semua dalam perjalanan pergi dan balik ke kampung halaman masing-masing.


Sun, 29 Mar 2015 - Warga Pendidik Daerah Pasir Gudang (Pasir Gudang)
Tahniah di atas semua kejayaan Daerah Pasir Gudang khasnya pencapaian akademik yang melonjak naik bagi tahun 2014


Wed, 21 Jan 2015 - Semua Warga Pendidikan (Hj Mohd Saleh Bin Abd Hamid KPT Unit Kewangan PPD Pasir Guda)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya Mohd Saleh Bin Abd Hamid, Ketua Pembantu Tadbir Kewangan W22 PPD Pasir Gudang (Pengasas Aplikasi PATSKOM) akan menamatkan perkhidmatan (bersara) pada 01 Feb 2015. Saya dengan rasa rendah diri menyusun sepuluh jari memohon ribuan ampun dan maaf kepada tuan/puan sekiranya ada melakukan sebarang kesalahan, kesilapan, terkasar bahasa, tingkah laku dan apa jua kekurangan sepanjang menjalankan tugas dalam perkhidmatan saya. Saya juga memohon agar tuan/puan dapat menghalalkan apa jua sumbangan yang telah diberikan samada dari segi tenaga, idea-idea, makan minum dan lain-lain dalam usaha membantu saya semasa menjalakan tugas. Begitu juga sebaliknya apa jua kesilapan & kesalahan tuan/puan terhadap diri saya,saya sedia memaafkan termasuk menghalalkan makan & minum yang telah diberikan. Akhir kata saya memohon tuan/puan dapat mendoakan agar saya sentiasa diberi kebahagian, kesihatan tubuh badan dan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah swt didunia dan diakhirat. Sekian terima kasih. Wassalam.


Wed, 03 Sep 2014 - Tuan Haji Jasni Bin Omar (Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Kini kita sedang melayari gelombang satu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2015 . Saya penuh yakin komuniti sekolah berfikiran positif untuk menerima perubahan dan berusaha mengangkat martabat pendidikan daerah Pasir Gudang selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Johor. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk sedar , faham dan mahu melaksanakan 5 Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia, 6 Aspirasi Murid dan 11 Anjakan dalam PPPM. Kini kita mengimpikan sekolah dapat membentuk pelajar yang sentiasa menjaga budi bahasa, bertingkahlaku mulia dan menjadikan sekolah sebagai tempat menimba ilmu dan kemahiran yangdiperlukan untuk masa depan masing-masing. Justeru saya mengharapkan rakan-rakan guru dapat memupuk, menggilap dan mengembangkan potensi pelajar secara ikhlas dan penuh tanggungjawab. “Kerja sepasukan meraih kegemilangan” dan “1 Hati ke Arah 1 Matlamat” akan terus menjadi simbolik kata yang akan menterjemah hasrat kita semua. Kini murid-murid kita akan menduduki peperiksaan UPSR, PT3, SPM ,STAM dan STPM. Saya penuh yakin para calon peperiksaan telah bersedia untuk mencipta sejarah kejayaan peribadi sekali gus mengangkat kecemerlangan sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang. Sesungguhnya “ Kejayaan Anda Kebanggaan Kami “. InsyaAllah.


Wed, 03 Sep 2014 - Unit ICT ()
Laman Rasmi Portal PPDPG dalam proses naik taraf sistem pelayan (server).


Tue, 02 Sep 2014 - Tuan Haji Jasni Bin Omar (Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang)
Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.Kekuatan dan kemampuan mengecap kejayaan bergantung kepada komitmen semua pihak.Agenda PPPM menjadi asas dalam mencorak budaya kecemerlangan semua warga pendidikan khasnya di Daerah Pasir Gudang.Kita mempunyai kekuatan Barisan Pengetua dan Guru Besar serta penolong kanan yang mampu mengubah dan menentu kecemerlangan itu tadi.Sewajarnya semua guru terus menyokong penuh hasrat ,visi dan misi kita untuk memanusiakan manusia iaitu anak didik kita.Ini satu amanat yang kita galas dan wajib kita realisasikan secara realistik.Buat anak didik yang bakal menduduki peperiksaan UPSR,PT3,SPM,STPM dan STAM ,kami sentiasa mendoakan ketenangan dalam menduduki peperiksaan dan kecemerlangan dalam memperoleh keputusan.Satu Hati Ke Arah Satu Matlamat tetap menjadi ukuran dalam menterjemah niat kita semua.


Thu, 28 Aug 2014 - Mohd Hafidz Bin Samsudin (Unit Pengurusan Maklumat (ICT))
Tahniah dan terima kasih kepada Pengetua/Guru Besar dan Guru Data kerana berjaya mengurus DATA EMISONLINE dengan baik hasil dari Bengkel Verifikasi Data Emis Peringkat Negeri Johor dengan mengekalkan RALAT Kritikal SIFAR .Moga kerjasama ini akan berterusan.


Tue, 26 Aug 2014 - Unit ICT ()
Laman Web Rasmi Dalam Penyelenggaraan


Tue, 25 Mar 2014 - Warga SK Tmn Bukit Tiram (SK Tmn Bukit Tiram)
Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga krew & penumpang MH370.. Sesungguhnya dari Dia kita datang & kepadaNya jua la kita kembali.. Al-fatihah bagi yang beragama Islam..


Sun, 23 Mar 2014 - En.Mohamad Samudin Bin Johari (Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sekolah Rendah)
Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia buat warga pendidikan Daerah Pasir Gudang.Sekalung penghargaan buat semua Pengetua,guru dan warga sekolah menengah atas pencapaian SPM 2013 yang telah melonjakan pencapaian prestasi akademik dengan usaha yang dirancang,dilaksana dan diterjemahkan dalam mencapai matlamat bersama.Tahniah


Mon, 03 Mar 2014 - MUHAMMAD NABIL BIN ABDULLAH (SMK TAMAN DAYA 2)
Sekalung tahniah dan syabas buat semua ahli kelab Tunas BISTARI SMK Taman Daya 2 dan semua yang terlibat kerana berjaya merangkul anugerah-anugerah berikut bersempena Hari BISTARI 2014 pada 20 Febrauari lalu di PERSADA JOHOR: 1. JOHAN ANUGERAH TUNAS BISTARI CEMERLANG 2013 (Anugerah Utama) 2. JOHAN ANUGERAH SYARIKAT KREATIF DAN INOVATIF 2013 3. JOHAN ANUGERAH PERKHIDMATAN TERBAIK 2013 4. JOHAN ANUGERAH LAPORAN SYARIKAT TERBAIK 2013 5. NAIB JOHAN ANUGERAH PRESTASI KEWANGAN TERBAIK 2013


Thu, 13 Feb 2014 - Khairill Haffis Bin Muhd Bunaim (SMK TAMAN DAYA 2)
Assalamualaikum. Ucapan Takziah kepada Puan Hajah Zainab Binti Laimang pengetua SMK Taman Daya 2 kerana suaminya telah kembali Ke rahmatullah kira-kira jam 1.50 pagi tadi dan jenazah telah selamat dikebumikan sebelum waktu zuhur tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.


Thu, 30 Jan 2014 - HAJAH FATIMAH BINTI AHMAD (PPD PASIR PASIR GUDANG)
Tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dalam menjayakan majlis Perhimpunan Bulanan Bil:1/2014, di Sekolah Seni Malaysia, Johor Bahru pada 29hb Januari 2014 yang lalu.Syabas dan tahniah kepada Unit Kewangan yang bertindak sebagai urusetia dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Pengetua Sekolah Seni Malysia Johor Bahru kerana mengizinkan Auditorium sekolahnya digunakan untuk tujuan ini. Semoga pengisian matlamat dan hasrat PPD Pasir Gudang dalam memastikan kelangsungan kejayaan yang telah dicapai akan berterusan hasil kerjasama semua pihak. 1 Hati Ke arah 1 Matlamat menjadi budaya penyemarak agenda memperkasa semua program yang bakal dilaksana. Usahasama antara warga kerja PPDPG bersama-sama Pengetua dan Guru Besar akan mampu mengorak langkah mencipta kejayaan seiring dengan Visi dan Misi PASIR GUDANG TOP 5. Bersama-samalah kita bergerak seiring dan sederap demi memastikan apa yang kita rancangkan sepanjang tahun 2014 ini akan dapat dijelmakan dalam bentuk kejayaan....In Syaa Allah..!!


Sun, 26 Jan 2014 - Anuar Mahadi (Sekolah Menengah Islam At Tahfiz Pasir Gudang)
Terima kasih kpd PPD Pasir Gudang yang banyak membantu sekolah kami selama ini


Fri, 24 Jan 2014 - En Tee Tiam Chai (Sekolah Seni Johor Bahru)
Saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada En. Abdul Aziz b. Awang,Penolong PPD Pembangunan Kemanusiaan atas sesi perkongsian profesional yang telah diadakan pada 22 Jan 2014 di Pejabat tuan. 2. Komitmen dan sikap proaktif tuan amat dipuji dan dihargai. Mohon terus bantu sekolah kami dan beri nasihat pada saya dalam konteks pengurusan HEM di sekolah pada masa-masa mendatang.


Tue, 14 Jan 2014 - Female free sample viagra (ngjvuqit)
sdhhxqqeqhveboh, Jamaica blog negril sex viagra, Xekinlr, [url=http://toastmasters22.org/]Get viagra avoid prescription[/url], ZuDqkyx, http://toastmasters22.org/ Buy viagra on the internet, gqGCxeD.


Tue, 07 Jan 2014 - PN. HAJAH FATIMAH BT AHMAD (PPD Pasir Gudang)
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera serta Salam 1 Malaysia. Walaupun sudah seminggu terlewat, saya tetap ingin mengambil peluang di sini untuk mengucapkan "SELAMAT TAHUN BARU 2014" bagi sesi baru pembukaan sekolah kepada seluruh warga Pendidikan Daerah Pasir Gudang. Kepada pemimpin barisan hadapan yang sentiasa komited sepanjang tahun 2013 diharapkan semoga kesinambungan budaya kerja cemerlang itu akan dapat diteruskan untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada tahun 2014. Segala usaha yang membuahkan hasil perlu ditambah gilap supaya sinarnya sentiasa bergemerlapan cemerlang. Jadikanlah kekurangan lalu sebagai dorongan untuk mencipta dan terus mencipta sesuatu yang luar biasa. Kepada guru-guru dan anggota kumpulan pelaksana serta anggota kumpulan sokongan yang sentiasa menyokong penuh hasrat Pendidikan Negara, marilah kita "Bersatu hati ke arah Satu Matlamat" dalam mewujudkan budaya kerja progresif, kreatif dan inovatif demi memartabatkan profesionalisme kita. Percayalah, untuk mencipta rekod baru usaha perlu digembleng daripada semua individu berlandaskan daripada idea yang dijana bersama... Harapan saya semoga PPD Pasir Gudang terus cemerlang!!!


Fri, 15 Nov 2013 - Pn.J.Srimathy (SJK(T) Mount Austin)
I really proud to be a part of Mount Austin family..The hard work of the headmaster,teachers, pupils and the support from the parents help the pupils to achieve good results. We are as a family will achieve more than this...Keep up the good work ! ! !


Thu, 14 Nov 2013 - SJKT LADANG MOUNT AUSTIN (WARGA SJKT LADANG MOUNT AUSTIN)
KAMI MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA SJKT LDG MOUNT AUSTIN KERANA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM UPSR.(GPS 1.49 DAN RANKING KEDUA DI PERINGKAT PASIR GUDANG).RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA GB SJKT LADANG MOUNT AUSTIN EN.M.VIJAYAN DAN SEMUA GURU YANG BERTUNGKUS LUMUS UNTUK PENCAPAIAN INI.SYABAS DAN TAHNIAH.KAMI BANGGA DENGAN ANDA !!!


Mon, 04 Nov 2013 - Pn Hajah Fatimah Ahmad (PPD Pasir Gudang)
Bonda ingin mengucapkan SELAMAT BERJAYA kepada semua pelajar Tingkatan 5 yang akan menduduki Peperiksaan SPM mulai 6hb November 2013 ini. Buatlah yang terbaik demi masa hadapan yang lebih bergemerlapan.Semoga usaha dan pengorbanan anakanda selama ini akan membuahkan kejayaan dan kecemerlangan yang diharap-harapkan. Kepada semua pengetua, guru-guru dan para ibu bapa, marilah kita sama-sama berdoa agar semua urusan peperiksaan anak-anak kita ini dipermudahkan.Aamiin! 1 Hati ke arah 1 matlamat.


Fri, 01 Nov 2013 - Hashim Zainal (Timbalan PPDPG)
Kepada Calon SPM 2013 Saya mengucapkan selamat menjalani peperiksaan SPM kepada semua pelajar, semoga anda akan berjaya. Prestasi dan pencapaian anda pada masa akan datang ditentukan oleh tindakan anda pada hari ini, bukan dipengaruhi oleh kejayaan atau kegagalan anda pada masa lampau. Yang penting anda memberi penumpuan pada hari muka. Untuk menjadi pelajar cemerlang, anda perlu menukar pandangan, fikiran dan ideologi mulai dari sekarang. Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang. Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati. Kepada Para Pendidik; Tidak Terbalas Jasamu, Berkorban Jiwa Raga, Mendidik Anak Bangsa, Menjadi Insan Berguna…. “Terima Kasih Cikgu”. Kepada Semua Pegawai PPDPG; Terima kasih di atas segala daya usaha yang dirancang dan dilaksanakan. Semoga ETR SPM 2013 akan tercapai. “Selamat Maju Jaya”.


Wed, 30 Oct 2013 - KUMARAN A/L APALA NAIDU (UNIT AKADEMIK PPD PASIR GUDANG)
Selamat Deepavali kepada semua rakan-rakan yang menyambut pesta cahaya. Selamat bercuti bersama keluarga tersayang...


Wed, 30 Oct 2013 - Pengerusi Kebirus (SMK Taman Daya 3)
Ucapan Takziah ditujukan kepada Pengetua SMK Taman Daya 3, Pn. Hajah Nor Ezah dan ahli keluarganya kerana ibu kesayangan beliau telah pulang kerahmatullah pukul 10.45 malam tadi (29/10/13) di rumah beliau Kuarters JPNJ. Pagi ini 30/10/13 pukul 9.30 pagi jenazah akan dibawa balik ke kg. Sg. Dulang Darat Rengit Batu Pahat untuk dikebumikan.Kami para guru/staf dan warga SMK Taman Daya 3 merakamkan ucapan takziah dan semoga roh ibu kesayangan beliau ditempatkan dalam kalangan ahli shuhada. Al-fatihah dari warga pendidik Pasir Gudang.


Mon, 28 Oct 2013 - Tuah bin Kamisan (Unit Sukan PPD Pasir Gudang)
Ucapan tahniah kepada semua pegawai , pemain PSKPP Pasir Gudang yang menjulang kejuaraan buat kali 3 berturut - turut. Terima kasih kepada Pengetua / Guru besar Daerah Pasir Gudang yang memberikan kerjasama dan sokongan kepada pasukan yang bertanding. Sesungguhnya tanpa kerjasama dan sokongan tuan / puan kejayaan tidak akan tercapai ...Tahniah dan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat terutama Pn Hjh Fatimah Ahmad , PPD Pasir Gudang , En Hashim Zainal Timbalan PPD , Encik Abdul Aziz Awang , KU SPK PPD ,Encik Mohd Asri bin A Karim , Penyelia Sukan PPD , Encik Chua Aik Meng, Bendahari PSKPP , yang banyak membantu pasukan ke arah kejayaan yang cemerlang .... PASIR GUDANG BOLEH !!!


Mon, 28 Oct 2013 - TUAH BIN KAMISAN (UNIT SUKAN PPD PASIR GUDANG)
TAHNIAH KEPADA SEMUA PEGAWAI , PEMAIN PSKPP PASIR GUDANG KERANA MENCUL JOHAN KALI KE 3 BERTURUT - TURUT ....KEPADA PENGETUA / GURU BESAR TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA TUAN / PUAN MEMBERIKAN KEBENARAN GURU / STAF TERBABIT MENUMPUKAN SEPENUH PERHATIAN DALAM PERMAINAN YANG DISERTAI DENGAN HATI YANG GEMBIRA DAN SEMANGAT BERSUNGGUH - SUNGGUH UNTUK MENANG !!!KEPADA SEMUA PIHAK WARGA PENDIDIKAN PASIR GUDANG TAHNIAH ATAS KEJAYAAN DAN YAKIN BOLEH KITA AKAN MENGULANGI LAGI KEJAYAAN DIMASA - MASA AKAN DATANG....TERIMA KASIH.


Mon, 21 Oct 2013 - NURUL AZRIN BINTI ABU ZAINI (GPK KOKURIKULUM SK PERMAS JAYA 4)
Berakhir sudah Perkhemahan RIMUP Siri 2. Tahniah diucapkan kepada semua sekolah yang telah menyertai perkhemahan ini. Semoga para peserta yang telah menyertai mendapat ilmu yang bermanfaat untuk membina jati diri sebagai murid yang cemerlang. Sekalung penghargaan buat En Asrol Faezal yang telah sudi hadir merasmikan penutupan perkhemahan. Kepada guru besar sekolah-sekolah yang terlibat ribuan terima kasih diucapkan. Kepada "team" Urusetia, Jurulatih dan AJK...sumbangan komitmen anda amatlah dihargai. Semoga kita dapat bekerjasama lagi di program yang akan datang.


Sun, 20 Oct 2013 - Tuah bin Kamisan (Unit Sukan)
Tahniah diucapkan kepada Pasukan Futsal SMK Bandar Seri Alam yang muncul juara Kejohanan Futsal SPTS Negeri Johor 2013 di Pengerang. Terima kasih kepada semua pasukan yang telah bertanding mewakili SPTS / PLD Pasir Gudang dan memperoleh kejayaan yang cemerlang . Semoga pasukan SMK Bandar Seri Alam akan lebih berjaya di Peringkat Kebangsaan pada 27 Okt - 1 Nov 2013 di Kedah / Perlis .Terima kasih kepada semua Pengetua yang memberikan kerjasama kepada semua pasukan SPTS / PLD membuat persiapan yang rapi bagi menyertai kejohanan tersebut.Kepada yang kurang berjaya bersedialah untuk menghadapi kejohanan sama tahun 2014 .... SPTS / PLD PASIR GUDANG BOLEH !!!!



  [1/52] » | Muka 52