Buku Pelawat

Tuan Haji Jasni Bin Omar ,
Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang

"Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.Kekuatan dan kemampuan mengecap kejayaan bergantung kepada komitmen semua pihak.Agenda PPPM menjadi asas dalam mencorak budaya kecemerlangan semua warga pendidikan khasnya di Daerah Pasir Gudang.Kita mempunyai kekuatan Barisan Pengetua dan Guru Besar serta penolong kanan yang mampu mengubah dan menentu kecemerlangan itu tadi.Sewajarnya semua guru terus menyokong penuh hasrat ,visi dan misi kita untuk memanusiakan manusia iaitu anak didik kita.Ini satu amanat yang kita galas dan wajib kita realisasikan secara realistik.Buat anak didik yang bakal menduduki peperiksaan UPSR,PT3,SPM,STPM dan STAM ,kami sentiasa mendoakan ketenangan dalam menduduki peperiksaan dan kecemerlangan dalam memperoleh keputusan.Satu Hati Ke Arah Satu Matlamat tetap menjadi ukuran dalam menterjemah niat kita semua."
Papar/Isi

Muatturun Fail

lagi....






       27 pelawat di talian
PENTING: PENGISIAN DATA ONLINE PROGRAM HIKMAH UPSR & IBNU SINA SPM DI PORTAL YPJ
oleh : En. Zool Hilman Bin Haironi, Penolong PPD Sains Kemasyarakatan
pada 02 Aug 2013

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.     Perhatian kepada semua sekolah rendah yang terlibat dengan Program Hikmah UPSR dan sekolah menengah yang terlibat dengan Ibnu Sina SPM untuk muat turun senarai semak yang disediakan.

3.     Semua penyelaras diminta untuk memeriksa status pengisian bagi sekolah masing-masing.Jika sekolah yang belum lengkap diminta untuk melengkapkan pengisian secara online di Portal Rasmi Yayasan Pelajaran Johor selewat-lewatnya pada 22 Ogos 2013 (Khamis) untuk pemantauan pihak YPJ.

4.     Tindakan dan kerjasama dari pihak penyelaras sekolah yang terlibat amat diharapkan.Sebarang masalah sila hubungi terus pegawai YPJ  En Sazwan di talian 01128607394 @ 0177060639 atau Pn Aisyah Abu Bakar  di talian 0127734634.Sekian terima kasih.



Lampiran Fail

SENARAI SEMAK PROGRAM HIKMAH UPSR DAN IBNU SINA (474)


Tindakan : Pengetua/ Guru Besar/ Penyelaras Hikmah Sekolah berkenaan
Cetak