

![]() | PENGISIAN DATA KEPERLUAN SEKOLAH ePERLU UNTUK SESI 2012 oleh : En. Muhd Shakirin Bin Muhd Shah, Penolong PPD Menengah (Murid) pada 23 Aug 2011 |
Mesyuarat Jawatankuasa Penggal Persekolahan 2012 bertarikh 05/08/2011 di BPSH, KPM memutuskan bahawa semua sekolah di Malaysia perlu mengemaskini data e-Perlu secara online.
Pengemaskinian perlu dibuat:
a) mulai 15/08/2011 - 09/09/2011.
b) capaian : www.moe.gov.my/datakeperluansekolah, atau
www.moe.gov.my/bpsh (dan klik ikon ePerlu)
Sila masukkan maklumat di bawah untuk proses kemaskini.
ID Pengguna : kodsekolah (tanpa jarak)
Kata laluan : sekolah
*Untuk memudahkan urusan, jangan sesekali mengubah kata laluan sekolah tuan-tuan.
Untuk makluman tuan manual pengguna Sistem ePerlu seperti dalam lampiran. Status pengisian akan dibentangkan semasa perhimpunan bulanan PPD Pasir Gudang pada 25 Ogos 2011 (Khamis).
Sebarang masalah untuk sekolah menengah boleh menghubungi En Muhd Shakirin Bin Muhd Shah PPD Menengah PPDPG di talian 019-7557066 & untuk sekolah rendah cik Noradida bt Holid di talian 019-7283952.
Sekian untuk makluman & tindakan tuan
| ePERLU (999) |