Tarikh Penting

UPSR

11 September 2017


PT3

9 Oktober 2017


SPM

6 November 2017


STAM

23 Oktober 2017


Buku Pelawat

LIN ,
MASAI

"AL-FATIHAH DIUCAPKAN KEPADA ARWAH EN IBRAHIM, PEMBANTU OPERASI SJK(C) MASAI YANG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH HARI INI.SEMOGA ALLAH MERAHMATI ROH BELIAU DAN DITEMPATKAN DALAM KALANGAN ORANG-ORANG YANG SOLEH SERTA SYURGA SEBAGAI GANTI TEMPAT TINGGALNYA DAN BERILAH KESABARAN KEPADA AHLI KELUARGA BELIAU.AMIN"
Papar/Isi

Muat Turun Fail

lagi....

Pengguna Online

imran
       21 pelawat di talian
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2017 PENEMPATAN DAN PERUNTUKAN BILIK DARJAH UPSR DAN CADANGAN PEMERIKSA
oleh : En. Saiful Anuar Bin Subakhir, Penyelia Penilaian & Peperiksaan
pada 10 Jan 2017

Guru Besar,

Sekolah-Sekolah Rendah,

Daerah Pasir Gudang.


 

Tuan,

 

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2017

PENEMPATAN DAN PERUNTUKAN BILIK DARJAH UPSR DAN CADANGAN PEMERIKSA


Dengan segala hormatnya perkara yang tersebut di atas adalah dirujuk.

 

 

2.         Untuk makluman tuan , pendaftaran UPSR 2017 secara atas talian (online) akan bermula 1 Mac hingga 31 Mac 2017

 

      

3.          Sehubungan itu , kerjasama tuan diminta untuk melengkapkan Borang Penempatan Calon dan Peruntukan Bilik Darjah (UPSR/PC/2017),Maklumat Am Sekolah , Lampiran A (PASR) dan Cadangan Pemeriksa sekolah tuan bagi tujuan persediaan peperiksaan UPSR 2017. Surat makluman dan borang telah dimasukkan ke dalam pigeon hole sekolah. 

 

 

4.          Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan (LP) memohon tuan untuk mencalonkan seorang guru sebagai pemeriksa bagi setiap mata pelajaran. Borang cadangan pemeriksa yang telah  lengkap diisi hendaklah dihantar sebelum atau pada 17 Januari 2017 manakala Borang Penempatan Calon dan Peruntukan Bilik Darjah (UPSR/PC/2017) Maklumat Am sekolah dan Lampiran A (PASR) dihantar sebelum atau pada 19 Januari 2017

 

 

4.          Dokumen yang telah lengkap hendaklah dihantar ke Unit Penilaian dan Peperiksaan PPD Pasir Gudang. Kerjasama pihak tuan amat kami hargai dan untuk maklumat lanjut sila hubungi En. Saiful Anuar Bin Subakhir, Penyelia Peperiksaan ditalian 013-7215977.

 

Sekian, Terima kasih.

 

 


Tindakan : Guru Besar, Sekolah-Sekolah Rendah, Daerah Pasir Gudang.
Cetak