

![]() | SEGERA : KAJIAN PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) DALAM TALIAN oleh : Pn. Rokiah binti Mohd Yunos, Pembantu Am Pejabat pada 30 Nov 2012 |
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) sedang menjalankan Kajian pelaksanaan KSSR di sekolah rendah di seluruh negara bertujuan mendapatkan maklumat tentang pelaksanaan KSSR dari segi pemahaman pentadbir dan guru serta pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
Kajian dalam talian ini melibatkan instrumen soal selidik untuk di jawab oleh pentadbir sekolah dan semua guru yang mengajar semua mata pelajaran KSSR Tahun 1 dan tahun 2 di setiap sekolah rendah. Tarikh akhir untuk menjawab soal selidik adalah pada 30hb Januari 2013.
Terdapat 2 borang berasingan untuk pentadbir dan guru.
Borang soal selidik untuk pentadbir boleh diakses melalui http://www.moe.gov.my/bpk/kajian/kssr-pentadbir
Borang soal selidik untuk guru boleh diakses melalui: http://www.moe.gov.my/bpk/kajian/kssr-guru
Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Amiruddin bin Abd Manaf , JPNJ (019-7672532) atau En. Mohamad Yusoff bin Zainal Abidin Pen. PPD Sains dan Matematik Rendah PPD Pasir Gudang di talian 012-7486028.
Sekian terima kasih.