Buku Pelawat

Tuan Haji Jasni Bin Omar ,
Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Kini kita sedang melayari gelombang satu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2015 . Saya penuh yakin komuniti sekolah berfikiran positif untuk menerima perubahan dan berusaha mengangkat martabat pendidikan daerah Pasir Gudang selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Johor. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk sedar , faham dan mahu melaksanakan 5 Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia, 6 Aspirasi Murid dan 11 Anjakan dalam PPPM. Kini kita mengimpikan sekolah dapat membentuk pelajar yang sentiasa menjaga budi bahasa, bertingkahlaku mulia dan menjadikan sekolah sebagai tempat menimba ilmu dan kemahiran yangdiperlukan untuk masa depan masing-masing. Justeru saya mengharapkan rakan-rakan guru dapat memupuk, menggilap dan mengembangkan potensi pelajar secara ikhlas dan penuh tanggungjawab. “Kerja sepasukan meraih kegemilangan” dan “1 Hati ke Arah 1 Matlamat” akan terus menjadi simbolik kata yang akan menterjemah hasrat kita semua. Kini murid-murid kita akan menduduki peperiksaan UPSR, PT3, SPM ,STAM dan STPM. Saya penuh yakin para calon peperiksaan telah bersedia untuk mencipta sejarah kejayaan peribadi sekali gus mengangkat kecemerlangan sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang. Sesungguhnya “ Kejayaan Anda Kebanggaan Kami “. InsyaAllah. "
Papar/Isi

Muatturun Fail

lagi....






       3 pelawat di talian
PEMERIKSAAN DOKTOR UNTUK PENGESANAN MURID LINUS TEGAR SARINGAN 6 KOHORT 2 BERKEPERLUAN KHAS DAERAH PASIR GUDANG 2013
oleh : ,
pada 07 May 2013

Tuan,

 Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

 2.         Berhubung dengan perkara di atas dimaklumkan bahawa pemeriksaan doktor untuk pengesanan murid LINUS Tegar yang berkeperluan khas  akan dijalankan mengikut ketetapan seperti berikut:         

  Tarikh             : 9 Mei 2013

   Masa               : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

  Tempat           : Poliklinik  Pasir Gudang, Pasir Gudang.

     3.         Pohon kerjasama tuan meminta ibu bapa murid berkenaan (rujuk lampiran) untuk membawa anak masing-masing menjalani pemeriksaan tersebut. Guru Pemulihan sekolah tuan juga diminta untuk hadir bersama-sama. Dokumen –dokumen yang perlu dibawa sila rujuk lampiran.

 4.         Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Karman Amin bin Abdullah, Pegawai  FasiLINUS di talian 013-9836424 atau 07-3881210 ext 301. Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai.

 Sekian, terima kasih

 

 



Lampiran Fail

Program Out Reach Fasa 1 2013 (367)


Tindakan : Guru Besar (Sekolah berkenaan)
Cetak