Buku Pelawat

Tuan Haji Jasni Bin Omar ,
Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Kini kita sedang melayari gelombang satu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2015 . Saya penuh yakin komuniti sekolah berfikiran positif untuk menerima perubahan dan berusaha mengangkat martabat pendidikan daerah Pasir Gudang selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Johor. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk sedar , faham dan mahu melaksanakan 5 Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia, 6 Aspirasi Murid dan 11 Anjakan dalam PPPM. Kini kita mengimpikan sekolah dapat membentuk pelajar yang sentiasa menjaga budi bahasa, bertingkahlaku mulia dan menjadikan sekolah sebagai tempat menimba ilmu dan kemahiran yangdiperlukan untuk masa depan masing-masing. Justeru saya mengharapkan rakan-rakan guru dapat memupuk, menggilap dan mengembangkan potensi pelajar secara ikhlas dan penuh tanggungjawab. “Kerja sepasukan meraih kegemilangan” dan “1 Hati ke Arah 1 Matlamat” akan terus menjadi simbolik kata yang akan menterjemah hasrat kita semua. Kini murid-murid kita akan menduduki peperiksaan UPSR, PT3, SPM ,STAM dan STPM. Saya penuh yakin para calon peperiksaan telah bersedia untuk mencipta sejarah kejayaan peribadi sekali gus mengangkat kecemerlangan sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang. Sesungguhnya “ Kejayaan Anda Kebanggaan Kami “. InsyaAllah. "
Papar/Isi

Muatturun Fail

lagi....






       10 pelawat di talian
Pengisian Data PROTIM Online
oleh : En. Mohammed Yusoff Bin Zainal Abidin, Penolong PPD Sains & Matematik (Ren)
pada 10 Apr 2012

Perkara diatas adalah dirujuk.

2.    Mohon kerjasama daripada penyelaras PROTIM untuk memasukkan data melalui sistem online yang disediakan melalui portal berikut : http://jpnjdata.net/ah/menu/index.html sebelum atau pada 12 April 2012.

3.    Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada penyelaras PROTIM sekolah-sekolah yang telah memasukkan data praujian PROTIM tahun 2012 dengan bersungguh-sungguh walaupun tempoh yang diberikan agak singkat.

4.    Bersama-sama ini disertakan maklumat terkini pengisian data PROTIM setakat jam 5.00 petang 10 April 2012 untuk makluman semua.



Lampiran Fail

Data Praujian PROTIM Online 2012 (10042012) (687)
Data Praujian PROTIM Online 2012 (10042012) (958)


Tindakan : Penyelaras PROTIM / GPK Pentadbiran
Cetak