Buku Pelawat

En. Hashim Bin Zainal ,
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang

"Selamat menyambut Bulan Ramadan Al- Mubarak kepada semua warga pendidikan Daerah Pasir Gudang.Semoga kehadiran bulan yang penuh barakah ini akan meningkatkan potensi dan integriti kita dalam memikul tanggungjawab sebagai warga pendidikan yang sentiasa cemerlang dalam pelbagai aspek.Buat anak -anak yang berada di bangku sekolah sama ada anda adalah calon yang bakal menghadapi peperiksaan besar ataupun tidak,jadikan ruang waktu yang ada ini untuk anak -anak semua meningkatkan kemampuan pencapaian akademik secara maksimun dengan istiqamah dan berusaha memperbaiki sahsiah diri untuk menjadi anak yang soleh dan solehah.Moga usaha semua pihak ini akan dilihat sebagai satu jihad dalam menghadapi suasana bulan puasa yang mulia ini...InsyaAllah"
Papar/Isi

Muatturun Fail

lagi....






hazrul
       11 pelawat di talian
INSTRUMEN KAJIAN DAN PEMANTAUAN PROGRAM MBMMBI
oleh : ,
pada 23 Aug 2011

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2.  Sehubungan itu, pihak tuan boleh memuat turun instrumen tersebut untuk tindakan selanjutnya.

3.  Untuk makluman tuan, hanya guru Tahun 1 ( Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris) sahaja yang terlibat dalam kajian dan pemantauan MBMMBI ini. Satu rumusan keseluruhan bagi instrumen responden guru perlu disediakan dengan menggunakan borang instrumen yang sama.

4.  Bagi sekolah yang tiada dalam senarai pemantauan ini, borang instrumen perlu dihantar semula ke Unit Akademik sebelum atau selewat-lewatnya pada 25 September 2011 (Khamis).

5.  Sebarang pertanyaan sila hubungi Cik Musleha Mohd Ghozali, Pen. PPD Bahasa Melayu (Rendah) di talian 019-7894906, atau En. Baharudin Ishak, Pen. PPD Bahasa Inggeris, 019-2359918, atau En. Kumaran a/l Apala Naidu, 016-7758284.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya.



Lampiran Fail

INSTRUMEN PEMANTAUAN MBMMBI (762)


Tindakan : GURU BESAR
Cetak