Buku Pelawat

Semua Warga Pendidikan ,
Hj Mohd Saleh Bin Abd Hamid KPT Unit Kewangan PPD Pasir Guda

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya Mohd Saleh Bin Abd Hamid, Ketua Pembantu Tadbir Kewangan W22 PPD Pasir Gudang (Pengasas Aplikasi PATSKOM) akan menamatkan perkhidmatan (bersara) pada 01 Feb 2015. Saya dengan rasa rendah diri menyusun sepuluh jari memohon ribuan ampun dan maaf kepada tuan/puan sekiranya ada melakukan sebarang kesalahan, kesilapan, terkasar bahasa, tingkah laku dan apa jua kekurangan sepanjang menjalankan tugas dalam perkhidmatan saya. Saya juga memohon agar tuan/puan dapat menghalalkan apa jua sumbangan yang telah diberikan samada dari segi tenaga, idea-idea, makan minum dan lain-lain dalam usaha membantu saya semasa menjalakan tugas. Begitu juga sebaliknya apa jua kesilapan & kesalahan tuan/puan terhadap diri saya,saya sedia memaafkan termasuk menghalalkan makan & minum yang telah diberikan. Akhir kata saya memohon tuan/puan dapat mendoakan agar saya sentiasa diberi kebahagian, kesihatan tubuh badan dan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah swt didunia dan diakhirat. Sekian terima kasih. Wassalam."
Papar/Isi

Muatturun Fail

lagi....






azra
JBC1030
nizam
ushazrul
       24 pelawat di talian
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGELOLA BIL. 2 KEJOHANAN BOLA SEPAK DAN BOLING 10 PIN MSSM 2013
oleh : En. Mohd. Asri Bin A. Karim, Penyelia Sukan
pada 20 May 2013

Perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 21 Mei 2013 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Kesidang, Blok C, Jabatan Pelajaran Johor.
Pengerusi : Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan

3. Agenda mesyuarat :

i) Ucapan pengerusi
ii) Laporan Jawatankuasa Pengelola
iii) Perkara Berbangkit
iv) Hal - hal Lain

4. Kehadiran:

i) En. Tuah bin Kamisan - Penyelia Kanan Sukan PPD Pasir Gudang
ii) En. Mohd Asri bin A. karim - Penyelia Sukan PPD Pasir Gudang
iii) Pengetua SMK Taman Nusa Damai
iv) Pengetua SMK Kota Masai
v) Pengetua SMK Seri Kota Puteri
vi) Pengetua SMK Agama Johor Bahru
vii) SMK Taman Rinting 2
viii) SMK Permas Jaya
ix) Pengetua SMK Permas Jaya 2
x) SMK Dato Penggawa Timur
xi) SMK Taman Daya 2
xii) SMK Johor Jaya 1
xiii) SMK Tanjung Puteri Resort
xiv) SMK Ulu Tiram
xv) SMK Pasir Gudang 2
xvi) Guru Besar SK Taman Bukit Dahlia
xvii) Guru Besar SK Taman Cendana
xviii) Guru Besar SK Tanjung Puteri Resort
xix) Guru Besar SK Taman Rinting 3

Sekian, terima kasih.

 

** surat telah dimasukkan ke dalam pigeon hole sekolah pada hari Jumaat (17/05/2013)



Lampiran Fail

surat mesy mssm bil 2 (170)
senarai 1 mesy mssm (210)
senari 2 mesy mssm (199)


Tindakan : Pengetua dan Guru Besar Sekolah yang Berkenaan
Cetak