Tarikh Penting

UPSR

11 September 2017


PT3

9 Oktober 2017


SPM

6 November 2017


STAM

23 Oktober 2017


Buku Pelawat

Warga Kerja PPD Pasir Gudang ,
PPD Pasir Gudang

"إنَّا للهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون اللَّهُمَّ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا Takziah diucapkan kepada ahli keluarga Almarhumah Ramlah Bt Othman, Guru Besar SK Taman Scientex yang telah kembali ke Rahmatullah jam 12.59 tengah hari pada 30 September 2017(Sabtu). Semoga Allah SWT merahmati segala jasa baik dan sumbangan beliau dalam dunia pendidikan dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman."
Papar/Isi

Muat Turun Fail

lagi....

Pengguna Online

don
       25 pelawat di talian
PERMOHONAN RAYUAN KE TINGKATAN SATU DI SMKA & KAA TAHUN 2014 TELAH DIBUKA
oleh : ,
pada 20 Nov 2013

PERHATIAN & MAKLUMAN :

Semua Guru Besar,

Sekolah-sekolah Rendah Daerah Pasir Gudang.

 

Tuan/Puan,

PERMOHONAN RAYUAN KE TINGKATAN SATU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DAN KELAS ALIRAN AGAMA (KAA) NEGERI JOHOR TAHUN 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan rayuan ke Tingkatan Satu di SMKA dan KAA Tahun 2014 telah dibuka mulai 20 November hingga 20 Disember 2013.

2.    Sehubungan itu, mohon pihak tuan/puan memaklumkan kepada para ibu bapa murid yang ingin membuat rayuan, sila dapatkan Borang Rayuan SMKA/KAA tersebut di Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang seperti berikut :-

2.1  Borang Rayuan SMKA - Warna Hijau

2.2  Borang Rayuan KAA   - Warna Kuning ( Daerah Pasir Gudang )

 

3.    Dokumen yang perlu dilampirkan bersama borang rayuan ialah :-

3.1  Slip keputusan UPSR 2013.

3.2  Salinan surat beranak atau kad pengenalan murid.

3.3  Salinan kad pengenalan ibu dan bapa.

3.4  Salinan keputusan peperiksaan Akhir Tahun 2013 Pendidikan Islam Tahun 6

3.5  Salinan keputusan peperiksaan Sekolah Agama Johor 2012-2013.

3.6  Salinan Sijil kegiatan ko-akademik & kokurikulum murid.


4. Borang rayuan yang telah lengkap bersama dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar ke Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang sebelum atau pada 18 Disember 2013 (Rabu).

    5. Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan berhubung perkara di atas, kami dahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ustaz Maturidi Bin Mohamed, Penyelia Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang di talian 013-7799402.

Sekian, terima kasih.


Tindakan : Semua Guru Besar
Cetak