Buku Pelawat

Semua Warga Pendidikan ,
Hj Mohd Saleh Bin Abd Hamid KPT Unit Kewangan PPD Pasir Guda

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya Mohd Saleh Bin Abd Hamid, Ketua Pembantu Tadbir Kewangan W22 PPD Pasir Gudang (Pengasas Aplikasi PATSKOM) akan menamatkan perkhidmatan (bersara) pada 01 Feb 2015. Saya dengan rasa rendah diri menyusun sepuluh jari memohon ribuan ampun dan maaf kepada tuan/puan sekiranya ada melakukan sebarang kesalahan, kesilapan, terkasar bahasa, tingkah laku dan apa jua kekurangan sepanjang menjalankan tugas dalam perkhidmatan saya. Saya juga memohon agar tuan/puan dapat menghalalkan apa jua sumbangan yang telah diberikan samada dari segi tenaga, idea-idea, makan minum dan lain-lain dalam usaha membantu saya semasa menjalakan tugas. Begitu juga sebaliknya apa jua kesilapan & kesalahan tuan/puan terhadap diri saya,saya sedia memaafkan termasuk menghalalkan makan & minum yang telah diberikan. Akhir kata saya memohon tuan/puan dapat mendoakan agar saya sentiasa diberi kebahagian, kesihatan tubuh badan dan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah swt didunia dan diakhirat. Sekian terima kasih. Wassalam."
Papar/Isi

Muatturun Fail

lagi....






       19 pelawat di talian
PERTANDINGAN PENGURUSAN MUSOLLA AL-HAKIM (SURAU) PERINGKAT NEGERI 2011
oleh : ,
pada 04 Jul 2011

 

Pengetua dan Guru Besar

Sekolah-sekolah Daerah Pasir Gudang.

( u.p :  Penyelaras Dakwah / Penyelaras Surau )

PERTANDINGAN PENGIMARAHAN DAN PENGURUSAN MUSOLLA AL-HAKIM PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2011


Jabatan Pelajaran Johor akan mengadakan pertandingan tersebut pada bulan September dan Oktober 2011. Sehubungan itu, mohon tuan/puan memuat turun Panduan Pengurusan Musolla Al-Hakim untuk diguna pakai sebagai garis panduan ke arah mencapai STANDARD dalam pengimarahan dan pengurusan surau sekolah tuan/puan.

Tuan/puan yang berminat menyertai pertandingan tersebut bolehlah terus menghubungi pegawai-pegawai Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang SEBELUM ATAU PADA 11 JULAI 2011 di talian yang tertera :

1)  USTAZ MAHMOOD BIN KASSIM                                :  0197599825

2)  USTAZ HAZRUL NIZAM BIN MOHMAD SAHIBEK       :  0127068786

3)  USTAZ MATURIDI BIN MOHAMED                            :  0137799402 / 0137998288

Kerjasama dan sokongan tuan/puan dalam menjayakan pertandingan ini amatlah kami hargai.

Maklumat tersebut juga boleh diperolehi melalui Portal Rasmi Unit Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang di alamat berikut :  http://upippdpasirgudang.blogspot.com/

Sebarang pertanyaan,sila hubungi Ustaz Maturidi Bin Mohamed,Penyelia Pendidikan Islam PPD Pasir Gudang di talian 013-7799402 / 013-7998288. Syukran

 



Lampiran Fail

Panduan Musolla Al-Hakim 2011 (484)


Tindakan : Pengetua dan Guru Besar
Cetak