Buku Pelawat

En. Hashim Bin Zainal ,
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang

"Selamat menyambut Bulan Ramadan Al- Mubarak kepada semua warga pendidikan Daerah Pasir Gudang.Semoga kehadiran bulan yang penuh barakah ini akan meningkatkan potensi dan integriti kita dalam memikul tanggungjawab sebagai warga pendidikan yang sentiasa cemerlang dalam pelbagai aspek.Buat anak -anak yang berada di bangku sekolah sama ada anda adalah calon yang bakal menghadapi peperiksaan besar ataupun tidak,jadikan ruang waktu yang ada ini untuk anak -anak semua meningkatkan kemampuan pencapaian akademik secara maksimun dengan istiqamah dan berusaha memperbaiki sahsiah diri untuk menjadi anak yang soleh dan solehah.Moga usaha semua pihak ini akan dilihat sebagai satu jihad dalam menghadapi suasana bulan puasa yang mulia ini...InsyaAllah"
Papar/Isi

Muatturun Fail

lagi....






       15 pelawat di talian
BENGKEL PATSKOM BARU 2012 SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH PASIR GUDANG
oleh : ,
pada 29 Nov 2012

Tuan / Puan,

 

 Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

 

 2. Dimaklumkan bahawa, Unit Kewangan, PPD Pasir Gudang akan mengadakan program tersebut mengikut ketetapan berikut :

 

Tarikh : 26 dan 27 Disember 2012

Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : PKG Permas Jaya

Tarikh Kedatangan Sekolah : Rujuk Surat Panggilan

Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan : Rujuk Surat Panggilan

 

3. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Panggilan untuk dimuat turun oleh pihak sekolah yang terlibat. Sila patuhi tarikh dan masa yang ditetapkan.

 

4. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn. Mahani Wati / Tn. Hj Mohd. Saleh di talian 07-3881210 ext 316 / 317.

 

Sekian, terima kasih.



Lampiran Fail

Surat Bengkel Patskom Baru Daerah PG (844)


Tindakan : Pengetua / Guru Besar, KPT / PT (kewangan) Sekolah-Sekolah Daerah Pasir Gudang
Cetak