Buku Pelawat

Tuan Haji Jasni Bin Omar ,
Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Kini kita sedang melayari gelombang satu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2015 . Saya penuh yakin komuniti sekolah berfikiran positif untuk menerima perubahan dan berusaha mengangkat martabat pendidikan daerah Pasir Gudang selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Johor. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk sedar , faham dan mahu melaksanakan 5 Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia, 6 Aspirasi Murid dan 11 Anjakan dalam PPPM. Kini kita mengimpikan sekolah dapat membentuk pelajar yang sentiasa menjaga budi bahasa, bertingkahlaku mulia dan menjadikan sekolah sebagai tempat menimba ilmu dan kemahiran yangdiperlukan untuk masa depan masing-masing. Justeru saya mengharapkan rakan-rakan guru dapat memupuk, menggilap dan mengembangkan potensi pelajar secara ikhlas dan penuh tanggungjawab. “Kerja sepasukan meraih kegemilangan” dan “1 Hati ke Arah 1 Matlamat” akan terus menjadi simbolik kata yang akan menterjemah hasrat kita semua. Kini murid-murid kita akan menduduki peperiksaan UPSR, PT3, SPM ,STAM dan STPM. Saya penuh yakin para calon peperiksaan telah bersedia untuk mencipta sejarah kejayaan peribadi sekali gus mengangkat kecemerlangan sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang. Sesungguhnya “ Kejayaan Anda Kebanggaan Kami “. InsyaAllah. "
Papar/Isi

Muatturun Fail

lagi....






       19 pelawat di talian
PELAKSANAAN SARINGAN 1 (BASELINE) LINUS 2.0 BAGI LITERASI BAHASA INGGERIS MURID TAHUN 1 2013
oleh : En. Kumaran A/L Apala Naidu, Penolong PPD BI (Ren)
pada 13 May 2013

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.   Dimaklumkan bahawa Program Linus 2.0 Literasi Bahasa Inggeris akan diadakan seperti ketetapan berikut:

 

Aktiviti

Saringan 1 (Baseline)

Saringan 2

Saringan Membaca

13 Mei - 17 Mei

September/Oktober

Saringan Menulis

20 Mei - 24 Mei

September/Oktober

Memasukkan Data Saringan

27 Mei - 7 Jun

Oktober/November

 

3.  Diminta pihak sekolah menepati tempoh masa yang ditetapkan untuk pelaksanaan saringan ini. Dilampiran sekali surat pelaksanaan saringan daripada PPD Pasir Gudang dan Lembaga Peperiksaan.

 

4.  Sebarang pertanyaan sila hubuingi En. Kumaran A/L Apala Naidu, Penolong PPD BI (Ren) di talian 016-7758284.

 

Sekian terima kasih.



Lampiran Fail

Surat LBI PPD Pasir Gudang (291)
Surat LPM Pelaksanaan Saringan Litersi Bahasa Inggeis (287)


Tindakan : GURU BESAR DAERAH PASIR GUDANG, PENYELARAS LITERASI BI
Cetak