Buku Pelawat

Tuan Haji Jasni Bin Omar ,
Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Kini kita sedang melayari gelombang satu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2015 . Saya penuh yakin komuniti sekolah berfikiran positif untuk menerima perubahan dan berusaha mengangkat martabat pendidikan daerah Pasir Gudang selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Johor. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk sedar , faham dan mahu melaksanakan 5 Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia, 6 Aspirasi Murid dan 11 Anjakan dalam PPPM. Kini kita mengimpikan sekolah dapat membentuk pelajar yang sentiasa menjaga budi bahasa, bertingkahlaku mulia dan menjadikan sekolah sebagai tempat menimba ilmu dan kemahiran yangdiperlukan untuk masa depan masing-masing. Justeru saya mengharapkan rakan-rakan guru dapat memupuk, menggilap dan mengembangkan potensi pelajar secara ikhlas dan penuh tanggungjawab. “Kerja sepasukan meraih kegemilangan” dan “1 Hati ke Arah 1 Matlamat” akan terus menjadi simbolik kata yang akan menterjemah hasrat kita semua. Kini murid-murid kita akan menduduki peperiksaan UPSR, PT3, SPM ,STAM dan STPM. Saya penuh yakin para calon peperiksaan telah bersedia untuk mencipta sejarah kejayaan peribadi sekali gus mengangkat kecemerlangan sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang. Sesungguhnya “ Kejayaan Anda Kebanggaan Kami “. InsyaAllah. "
Papar/Isi

Muatturun Fail

lagi....






JBC1030
       30 pelawat di talian
PENARAFAN BILIK OPERASI PENTAKSIRAN (BOP)
oleh : ,
pada 19 Apr 2012

Assalamualaikum Salam Sejahtera Salam 1Malaysia

 

Semua Pengetua dan Guru Besar,

Sekolah Menengah dan Rendah,

Daerah Pasir Gudang.

( u.p.: PK Pentadbiran dan SU Peperiksaan )

Tuan,

Penarafan Bilik Operasi Pentaksiran (BOP) 2012

Sukacita diingatkan bahawa surat JPNJ/SPP(35)/600-6/4/1 Jld 2(98) bertarikh 20 Februari 2012 tentang perkara yang tersebut di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu, pihak sekolah diminta membuat pemantauan kendiri terhadap Bilik Operasi Pentaksiran di peringkat sekolah.

3. Sila gunakan Instrumen Penarafan BOP/SPP/JPNJ1 yang telah ditetapkan oleh Sektor Penilian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Johor yang disertakan bersama-sama makluman ini.

4. Instrumen pemantauan dan penilaian yang telah siap dilengkapkan hendaklah dihantar ke Unit Penilaian dan Peperiksaan, Pejabat Pelajaran Pasir Gudang pada atau sebelum 24 April 2012.

5. Bagi sekolah-sekolah yang telah menghantar instrumen yang tersebut di atas diucapkan terima kasih.

Sekian untuk makluman dan tindakan segera pihak tuan.

Terima kasih.

 

 

 

 

 

 



Lampiran Fail

Panduan dan Instrumen Penarafan BOP 2012 (1376)
Surat JPNJ/SPP (441)


Tindakan : PENOLONG KANAN PENTADBIRAN DAN SU PEPERIKSAAN
Cetak