Tarikh Penting

UPSR

11 September 2017


PT3

9 Oktober 2017


SPM

6 November 2017


STAM

23 Oktober 2017


Buku Pelawat

Warga Kerja PPD Pasir Gudang ,
PPD Pasir Gudang

"Takziah diucapkan kepada ahli keluarga Arwah Hjh Noorani Binti Ismail [Penolong PPD BM (Men)] yang telah kembali ke Rahmatullah jam 4 ptg pada 27 Ogos 2017(Ahad). Semoga Arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusan keluarga beliau."
Papar/Isi

Muat Turun Fail

lagi....

Pengguna Online

       9 pelawat di talian
PENGHANTARAN DOKUMEN PERMOHONAN SUMBANGAN YB DATO HAJI AYUB BIN RAHMAT (PENGERUSI JAWATANKUASA KESIHATAN, ALAM SEKITAR, PENDIDIKAN DAN PENERANGAN NEGERI JOHOR
oleh : En. Ahmad Imran bin Md Isa, Penyelia Kokurikulum
pada 16 Jul 2017

 

 

Sekolah-sekolah Daerah Pasir Gudang,

(U.P: Senarai sekolah seperti edaran)

                                                                                                                    

Tuan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.             Sukacitanya dimaklumkan bahawa sekolah tuan menerima sumbangan daripada YB Dato Haji Ayub bin Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor sepertimana yang dinyatakan semasa Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Silat Sekolah-sekolah Daerah Pasir Gudang pada 13 Julai 2017 bertempat di SMK Taman Scientex. Sumbangan tersebut telah dicadangkan untuk program pembangunan aktiviti silat atau kokurikulum.

3.             Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk melengkapkan dan menghantar dokumen berkenaan dengan kadar SEGERA  untuk pengurusan permohonan sumbangan tersebut. Berikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan :

3.1          Borang Keperluan Makluman YPJ - Electronic Fund Transfer (EFT)

3.2          Salinan Penyata Bank (akaun PIBG)

**pastikan mengisi maklumat no. ID akaun bank bagi tujuan pembayaran (ketiadaan data boleh menyebabkan dana tidak boleh disalurkan)

 

4.             Sebarang kemusykilan, sila hubungi Puan Hajah Suhaila Bt Bakit (Penolong PPD Kokurikulum, PDD Pasir Gudang) melalui talian 019-368 9940  atau Encik Ahmad Imran bin Md Isa (Penyelia Kokurikulum, PPD Pasir Gudang) melalui talian 019-7017252/010-7846919.

Sekian, terima kasih.

 

SEHATI SEJIWA

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

 

 



Lampiran Fail

PENGHANTARAN DOKUMEN PERMOHONAN SUMBANGAN YB DATO HAJI AYUB BIN RAHMAT (PENGERUSI JAWATANKUASA KESI (290)
borang EFT_permohonan sumbangan (134)


Tindakan : PENGETUA / GURU BESAR / GPK KOKURIKULUM
Cetak