Buku Pelawat

Tuan Haji Jasni Bin Omar ,
Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang

"Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.Kekuatan dan kemampuan mengecap kejayaan bergantung kepada komitmen semua pihak.Agenda PPPM menjadi asas dalam mencorak budaya kecemerlangan semua warga pendidikan khasnya di Daerah Pasir Gudang.Kita mempunyai kekuatan Barisan Pengetua dan Guru Besar serta penolong kanan yang mampu mengubah dan menentu kecemerlangan itu tadi.Sewajarnya semua guru terus menyokong penuh hasrat ,visi dan misi kita untuk memanusiakan manusia iaitu anak didik kita.Ini satu amanat yang kita galas dan wajib kita realisasikan secara realistik.Buat anak didik yang bakal menduduki peperiksaan UPSR,PT3,SPM,STPM dan STAM ,kami sentiasa mendoakan ketenangan dalam menduduki peperiksaan dan kecemerlangan dalam memperoleh keputusan.Satu Hati Ke Arah Satu Matlamat tetap menjadi ukuran dalam menterjemah niat kita semua."
Papar/Isi

Muatturun Fail

lagi....






       22 pelawat di talian
Manual Kualiti SPSK Terkini dan Senarai Nama Sekolah Rintis SPSK Terkini
oleh : En. Hussin Bin Hamidon, Penolong PPD Pengurusan Kualiti
pada 02 Mar 2011

                                                                                   Ruj. Kami : JPA1006.UPQ/100-6/5/6 (   )

                                                                                   Tarikh       : 28 FEBRUARI 2011

Pengetua/Guru Besar,

Sekolah-sekolah Rintis Dearah Pasir Gudang.

( Senarai nama sekolah rintis terkini seperti dilampiran)

Tuan / Puan,

MANUAL KUALITI SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI (SPSK) KELUARAN 02 : PINDAAN 00 TAHUN 2011

Dengan segala hormatnya surat daripada JPNJ.SJQ (43)/100-6-5 bertarikh 22 Februari 2011 adalah berkaitan dan dirujuk.

2.             Sukacita dimaklumkan bahawa tuan / puan boleh memuat turun DOKUMEN KUALITI SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI (SPSK) UNTUK TAHUN 2011 melalui laman web PPD Pasir Gudang dengan segera. Tuan / puan juga dikehendaki mencetak dokumen tersebut dan menggantikan ke dalam Fail Manual Kualiti sekolah yang sedia ada. Dokumen yang lama hendaklah diabaikan. Nombor siri pemegang dokumen yang  baru akan diberikan semasa diadakan 'Road Show" nanti. Tarikh kuaikuasa adalah pada 01 Mac 2011.

3.             Sebarang pertanyaan, sila hubungi En Hussin Bin Hamidon, Penolong PPD Pengurusan Kualiti di talian 019-7482210 atau 07-3881210 sambungan 204.

Sekian, untuk makluman dan tindakan pihak tuan / puan. Terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"



Lampiran Fail

Senarai nama sekolah rintis terkini (700)
Manual Kualiiti Terkini Keluaran 02 Pindaan 00 (748)


Tindakan : Pengetua dan Guru Besar Sekolah Rintis 2011
Cetak