Buku Pelawat

MOHAMMED YUSOFF BIN ZAINAL ABIDIN ,
UNIT AKADEMIK, PPD PASIR GUDANG

"Tahniah kepada semua pengetua, guru besar dan guru penolong kanan pentadbiran yang telah berjaya melengkapkan pengisian data ADaPP kutipan pertama 2013 pada 30 April 2013. Semoga komitmen tuan/puan untuk memastikan data ADaPP peringkat daerah Pasir Gudang berada dalam keadaan cemerlang amat dihargai."
Papar/Isi

Muatturun Fail

lagi....






       5 pelawat di talian
Pencerapan Pembelajaran dan Pengajaran Guru 2011 : SKPM 2010
oleh : En. Hussin Bin Hamidon, Penolong PPD Pengurusan Kualiti
pada 08 Feb 2011

Untuk makluman dan tindakan segera :

Semua GPK Pentadbiran,

Sekolah-sekolah Daerah pasir Gudang.

Tuan / Puan,

PENYELARASAN PENGGUNAAN BORANG PENCERAPAN GURU : SKPM - STANDARD 4 BAGI TAHUN 2011 DAERAH PASIR GUDANG

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.     Untuk perhatian tuan / puan, instrumen bagi pencerapan atau pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru bagi tahun 2011 telah diselaraskan iaitu dengan menggunakan instrumen yang terdapat dalam Standard 4 - SKPM 2010. Penggunaan ini berkuatkuasa pada 01 Februari 2011 berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kualiti Bil 1/2011 bertarikh 01 Februari 2011 di PPD batu Pahat, Johor.

3.     Sehubungan itu, tuan / puan dikehendaki memuat turun instrumen terkini daripada portal e-Penarafan atau melalui laman web PPD Pasir Gudang yang telah diubahsuai menjadi 1 muka surat sahaja bagi kemudahan tuan / puan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Pengurusan Kualiti PPD Pasir Gudang (u.p : En Hussin Bin Hamidon) di talian 019-7482210 atau 07-3881210 sambungan 204.

Sekian untuk makluman dn tindakan.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"



Lampiran Fail

Instrumen Pencerapan Guru Terkini 2011 (4886)


Tindakan : GPK Pentadbiran semua sekolah daerah Pasir Gudang
Cetak