Buku Pelawat

Tuan Haji Jasni Bin Omar ,
Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Kini kita sedang melayari gelombang satu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2015 . Saya penuh yakin komuniti sekolah berfikiran positif untuk menerima perubahan dan berusaha mengangkat martabat pendidikan daerah Pasir Gudang selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Johor. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk sedar , faham dan mahu melaksanakan 5 Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia, 6 Aspirasi Murid dan 11 Anjakan dalam PPPM. Kini kita mengimpikan sekolah dapat membentuk pelajar yang sentiasa menjaga budi bahasa, bertingkahlaku mulia dan menjadikan sekolah sebagai tempat menimba ilmu dan kemahiran yangdiperlukan untuk masa depan masing-masing. Justeru saya mengharapkan rakan-rakan guru dapat memupuk, menggilap dan mengembangkan potensi pelajar secara ikhlas dan penuh tanggungjawab. “Kerja sepasukan meraih kegemilangan” dan “1 Hati ke Arah 1 Matlamat” akan terus menjadi simbolik kata yang akan menterjemah hasrat kita semua. Kini murid-murid kita akan menduduki peperiksaan UPSR, PT3, SPM ,STAM dan STPM. Saya penuh yakin para calon peperiksaan telah bersedia untuk mencipta sejarah kejayaan peribadi sekali gus mengangkat kecemerlangan sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang. Sesungguhnya “ Kejayaan Anda Kebanggaan Kami “. InsyaAllah. "
Papar/Isi

Muatturun Fail

lagi....






       14 pelawat di talian
TAKLIMAT KHAS PELAKSANAAN INSTRUMEN KAJIAN INDEKS PERSEPSI MURID TERHADAP GURU PENYAYANG DI SEKOLAH DAN INDEKS INSTRUMEN KAJIAN PONTENG SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH PASIR GUDANG ANJURAN KPM
oleh : ,
pada 10 Feb 2012

1.  Sehubungan dengan perkara di atas, satu taklimat khas bersama sekolah-sekolah (seperti di lampiran) akan di adakan seperti ketentuan berikut :

Tarikh : 13 Februari 2012 (Isnin)

Masa : 2.00 petang - 3.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat 2, PPD Pasir Gudang

 

2.  Berikut adalah sekolah-sekolah yang terlibat dan diminta tuan untuk menghantar seorang wakil Guru Bimbingan Dan Kaunseling sekolah tuan hadir ke taklimat khas tersebut :

i.   SMK Pasir Gudang.

ii.   SMK Pasir Gudang 2.

iii.   SMK Kota Masai.

iv.   SMK Taman Daya 3.

v.   SMK Sungai Tiram.

vi.   SMK Seri Kota Puteri.

vii.   SMK Taman Rinting 2.

viii.   SMK Seri Alam 2.

xi.   SMK Permas Jaya 2.

x. SMK Taman Mount Austin.

 

3.   Kehadiran ke taklimat khas ini adalah wajib. Sila bawa bersama PEN DRIVE @ EXTERNAL HARD DISK (Bebas Virus) untuk muat turun bahan dan instrumen pada hari taklimat. Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Husnizar Bin Ahmad di talian 07-3881210 samb. 262.

Sekian, terima kasih.

 

 

 


Tindakan : Pengetua / GPK HEM / Guru Bimbingan Dan Kaunseling (Yang Terlibat)
Cetak