

![]() | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN PANDU PUTERI DAERAH PASIR GUDANG DAN PENDAFTARAN KEAHLIAN PEMIMPIN DAN MURID PERSATUAN PANDU PUTERI TUNAS / PANDU PUTERI REMAJA DAN PANDU PUTERI RANJER oleh : Cik Norhidayah Binti Husin, Pembantu Tadbir (P/O) pada 21 Feb 2011 |
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pandu Puteri Daerah Pasir Gudang akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Daerah Pasir Gudang Tahun 2011 mengikut ketetapan seperti yang berikut:
2.1 Tarikh : Rabu 23 Februari 2011
2.2 Masa : 2.00 petang
2.3Tempat : SMK Pasir Putih
2.4 Pengerusi Mesyuarat : Pengerusi Persatuan Pandu puteri Daerah pasir gudang
Cik Azizah Binti Salleh (Pengetua SMK Pasir Puteh)
2.5 Agenda Mesyuarat : 1. Ucapan Alu-Aluan Pengerusi|
2. Mengesahkan Minit Mesyuarat Kali Pertama Tahun 2011
3. Pembubaran Ahli Jawatankuasa Tahun 2010 dan Pelantikan
Ahli Jawatankuasa Tahun 2011
4. Perancangan Strategik Pandu Puteri Sekolah
5. Perancangan Aktiviti Tahun 2011
6. Pendaftaran Keahlian Pemimpin dan Murid
7. Hal-Hal Lain
3. Setiap sekolah wajib menghantar seorang guru penasihat sekolah masing-masing ke mesyuarat tersebut. Bayaran keahlian dan ibu pejabat hendaklah dibuat menggunakan tunai sahaja. Yuran keahlian murid ialah RM4.00 seorang dan bagi yuran keahlian pemimpin pula ialah RM9.00 seorang. Yuran keahlian ini akan diagihkan oleh Bendahari Daerah kepada ibu pejabat Pesuruhjaya dan untuk kegunaan daerah Pasir Gudang. Bersama-sama ini disertakan borang keahlian murid dan pemimpin yang perlu dilengkapkan sebelum 23 Februari 2011 beserta bayaran.
4. Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan. Segala kerjasama yang diberikan amat dihargai.
Sekian, terima kasih.