Buku Pelawat

Tuan Haji Jasni Bin Omar ,
Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Kini kita sedang melayari gelombang satu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2015 . Saya penuh yakin komuniti sekolah berfikiran positif untuk menerima perubahan dan berusaha mengangkat martabat pendidikan daerah Pasir Gudang selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Johor. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk sedar , faham dan mahu melaksanakan 5 Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia, 6 Aspirasi Murid dan 11 Anjakan dalam PPPM. Kini kita mengimpikan sekolah dapat membentuk pelajar yang sentiasa menjaga budi bahasa, bertingkahlaku mulia dan menjadikan sekolah sebagai tempat menimba ilmu dan kemahiran yangdiperlukan untuk masa depan masing-masing. Justeru saya mengharapkan rakan-rakan guru dapat memupuk, menggilap dan mengembangkan potensi pelajar secara ikhlas dan penuh tanggungjawab. “Kerja sepasukan meraih kegemilangan” dan “1 Hati ke Arah 1 Matlamat” akan terus menjadi simbolik kata yang akan menterjemah hasrat kita semua. Kini murid-murid kita akan menduduki peperiksaan UPSR, PT3, SPM ,STAM dan STPM. Saya penuh yakin para calon peperiksaan telah bersedia untuk mencipta sejarah kejayaan peribadi sekali gus mengangkat kecemerlangan sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang. Sesungguhnya “ Kejayaan Anda Kebanggaan Kami “. InsyaAllah. "
Papar/Isi

Muatturun Fail

lagi....






       18 pelawat di talian
SEGERA: PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH ( PPPS) GRED DG41 SEKOLAH RENDAH BAGI GURU INTERIM ( JQAF )
oleh : Pn. Fazlin Azzila Bt Omar, Pembantu Tadbir (P/O)
pada 29 Apr 2013

TUAN,

MOHON KERJASAMA PIHAK SEKOLAH YANG TELAH MENERIMA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) BAGI GURU INTERIM JQAF GRED DG41 LAPOR DIRI 16 OKTOBER 2012  AGAR MENGEMASKINI MAKLUM BALAS PENEMPATAN GURU ( MPG-1) SETELAH PPPS DG41 TERSEBUT MELAPOR DIRI DI SEKOLAH TUAN. SILA RUJUK LAMPIRAN YANG DISERTAKAN.

PENGEMASKINIAN TERSEBUT BOLEH DIBUAT DALAM SISTEM SECARA ATAS TALIAN MELALU WEB SEPERTI BERIKUT : http://apps.moe.gov.my/eoperasi/ SEBELUM ATAU PADA 30 APRIL 2013 (SELASA ).

SEGALA KERJASAMA TUAN,DALAM PERKARA INI AMAT DIHARGAI DAN DIDAHULUI DENGAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH.



Lampiran Fail

SENARAI NAMA GURU INTERIM JQAF (546)


Tindakan : GURU BESAR / GURU DATA
Cetak