Buku Pelawat

En. Hashim Bin Zainal ,
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang

"Selamat menyambut Bulan Ramadan Al- Mubarak kepada semua warga pendidikan Daerah Pasir Gudang.Semoga kehadiran bulan yang penuh barakah ini akan meningkatkan potensi dan integriti kita dalam memikul tanggungjawab sebagai warga pendidikan yang sentiasa cemerlang dalam pelbagai aspek.Buat anak -anak yang berada di bangku sekolah sama ada anda adalah calon yang bakal menghadapi peperiksaan besar ataupun tidak,jadikan ruang waktu yang ada ini untuk anak -anak semua meningkatkan kemampuan pencapaian akademik secara maksimun dengan istiqamah dan berusaha memperbaiki sahsiah diri untuk menjadi anak yang soleh dan solehah.Moga usaha semua pihak ini akan dilihat sebagai satu jihad dalam menghadapi suasana bulan puasa yang mulia ini...InsyaAllah"
Papar/Isi

Muatturun Fail

lagi....






       6 pelawat di talian
PERAKUAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD) GRED DGA32 KE GRED DGA34 SECARA TIME-BASED DAN DGA34 KE GRED DGA38 SECARA TIME-BASED TAHUN 2012
oleh : Pn. Fazlin Azzila Bt Omar, Pembantu Tadbir (P/O)
pada 10 Apr 2012

Dengan segala hormatnya dimaklumkan saya merujuk mengenai perkara di atas. Surat Jabatan Pelajaran Johor bil JPNJ.NP(27)(S)/500-5/4/11(2) adalah dirujuk.

2.  Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pelajaran malaysia (KPM) sedang melaksanakan urusan kenaikan pangkat secara Time-Based berasakan kecemerlangan bagi Pegawai Perhidmatan Pendidikan Lepasa Diploma (PPPLD) pada tahun 2012 seperti berikut :

           2.1  PPPLD yang berada di Gred DGA32 / DGA32(KUP) Time-Based / DGA32 (KUP)  Guru

                 Cemerlang   sekurang-kurangnya 8 tahun (telah dinaikan pangkat pada   

                 tahun 2004 dan sebelum) ; dan

          2.2   PPPLD yang berada di Gred DGA34 / *DGA34 (KUP) Guru Cemerlang sekurang-

                  kurang 5 tahun ( telah dinaikan pangkat pada tahun 2007 dan sebelum)

3.  Tuan/puan boleh memuat turun surat siaran dan lain-lain dokumen di portal ini. Bersama ini juga dikemukakan senarai nama PPPLD DGA32 dan Gred DGA34 yang telah dikenal pasti melalui sistem e-Operasi bagi tujuan semakan dan pengesahan. Tuan/puan juga dipohon agar mengemukakan nama-nama PPPLD yang tidak terdapat dalam senarai. (

4.  Sebarang pertanyaan dan semua perakuan hendaklah di kemukakan dan dihantar ke PPD Pasir Gudang, Unit perkhidmatan, U/P : En.Faizulnizam bin Yasir  selewat-lewatnya 13 April 2012 (Jumaat). Kerjasama dari tuan/puan adalah diharapkan supaya mematuhi tarikh tutup yang ditetapkan.

Sekian,terima kasih.

 

 



Lampiran Fail

SURAN SIARAN PERAKUAN DAN DOKUMEN BERKAITAN (973)
PPPLD DGA32 DAN DGA34 YANG LAYAK (1612)


Tindakan : PENGETUA DAN GURU BESAR
Cetak