Buku Pelawat

Semua Warga Pendidikan ,
Hj Mohd Saleh Bin Abd Hamid KPT Unit Kewangan PPD Pasir Guda

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya Mohd Saleh Bin Abd Hamid, Ketua Pembantu Tadbir Kewangan W22 PPD Pasir Gudang (Pengasas Aplikasi PATSKOM) akan menamatkan perkhidmatan (bersara) pada 01 Feb 2015. Saya dengan rasa rendah diri menyusun sepuluh jari memohon ribuan ampun dan maaf kepada tuan/puan sekiranya ada melakukan sebarang kesalahan, kesilapan, terkasar bahasa, tingkah laku dan apa jua kekurangan sepanjang menjalankan tugas dalam perkhidmatan saya. Saya juga memohon agar tuan/puan dapat menghalalkan apa jua sumbangan yang telah diberikan samada dari segi tenaga, idea-idea, makan minum dan lain-lain dalam usaha membantu saya semasa menjalakan tugas. Begitu juga sebaliknya apa jua kesilapan & kesalahan tuan/puan terhadap diri saya,saya sedia memaafkan termasuk menghalalkan makan & minum yang telah diberikan. Akhir kata saya memohon tuan/puan dapat mendoakan agar saya sentiasa diberi kebahagian, kesihatan tubuh badan dan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah swt didunia dan diakhirat. Sekian terima kasih. Wassalam."
Papar/Isi

Muatturun Fail

lagi....






       21 pelawat di talian
PERINGATAN: KEMASUKAN MARKAH KERJA KURSUS UPSR 2013 PEKA & PAFA.
oleh : ,
pada 21 Aug 2013

Setiausaha Peperiksaan  UPSR.

 

Melalui:

 

Guru Besar

Sekolah-Sekolah Rendah ,

Daerah Pasir Gudang.

 

Tuan,

 

SISTEM KEMASUKAN MARKAH KERJA KURSUS

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2013

 

Tuan,

      Adalah dengan segala hormatnya, merujuk surat daripada KPM – Lembaga Peperiksaan No. Ruj: KP.LP.005.08.03.01JLD 7(05) & KP.LP.005.08.03.01JLD 7 (06)bertarikh 17 Julai 2013, menerangkan maksudnya.

2.       Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama semua Setiausaha Peperiksaan  UPSR untuk memasukkan markah kerja kursus Peka & Pafa dan hendaklah disahkan oleh guru besar dengan segera.

3.      Dari semakkan,  pihak lembaga mendapati sekolah-sekolah berkenaan (rujuk lampiran) masih belum memasukkan markah kerja kursus tersebut  atau berkemungkinan ianya masih belum lagi disahkan oleh guru besar.

4.       Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Norazrin bin Zahari, Pen. PPD PBS di talian 019-7346971 atau En. Ahmad Jais bin Omar, Penyelia Peperiksaan ditalian 012-7506906.

Sekian, terima kasih.

 



Lampiran Fail

Sekolah-sekolah berkenaan kerja kursus upsr peka dan pafa (233)


Tindakan : GURU BESAR, SEKOLAH-SEKOAH RENDAH DAERAH PASIR GUDANG (UP: SETIAUSAHA PEPERIKSAAN UPSR)
Cetak