Buku Pelawat

Semua Warga Pendidikan ,
Hj Mohd Saleh Bin Abd Hamid KPT Unit Kewangan PPD Pasir Guda

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya Mohd Saleh Bin Abd Hamid, Ketua Pembantu Tadbir Kewangan W22 PPD Pasir Gudang (Pengasas Aplikasi PATSKOM) akan menamatkan perkhidmatan (bersara) pada 01 Feb 2015. Saya dengan rasa rendah diri menyusun sepuluh jari memohon ribuan ampun dan maaf kepada tuan/puan sekiranya ada melakukan sebarang kesalahan, kesilapan, terkasar bahasa, tingkah laku dan apa jua kekurangan sepanjang menjalankan tugas dalam perkhidmatan saya. Saya juga memohon agar tuan/puan dapat menghalalkan apa jua sumbangan yang telah diberikan samada dari segi tenaga, idea-idea, makan minum dan lain-lain dalam usaha membantu saya semasa menjalakan tugas. Begitu juga sebaliknya apa jua kesilapan & kesalahan tuan/puan terhadap diri saya,saya sedia memaafkan termasuk menghalalkan makan & minum yang telah diberikan. Akhir kata saya memohon tuan/puan dapat mendoakan agar saya sentiasa diberi kebahagian, kesihatan tubuh badan dan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah swt didunia dan diakhirat. Sekian terima kasih. Wassalam."
Papar/Isi

Muatturun Fail

lagi....






       7 pelawat di talian
SOAL SELIDIK KESEDIAAN GURU MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS).
oleh : ,
pada 29 Aug 2012

Guru Besar & Pengetua

Sekolah-Sekolah Rendah & Menengah,

Daerah Pasir Gudang.

 

Tuan,

SOAL SELIDIK KESEDIAAN GURU MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS).

 

        Dengan segala hormatnya, surat Kementerian Pelajaran Bil : KP.LP.003.11.2(1) bertarikh Ogos 2012 berkaitan.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Penambahbaikkan PBS bersama Jabatan Pelajaran Negeri pada 1 Ogos 2012 telah memutuskan semua guru tahun 1,2 & 3 dan Tingkatan 1 & 2 perlu memahami perlaksanaan PBS sepenuhnya sebelum 31 Disember 2012.

3.   Sehubungan itu Lembaga Peperiksaan telah menyediakan soal selidik bagi mengenalpasti kesediaan guru dalam perlaksanaan PBS.  Oleh itu tuan dipohon untuk MEWAJIBKAN semua guru tahun 1,2,&3 dan Tingkatan 1 & 2 memberi respon kepada soal selidik tersebut.

4.    Soal selidik ini boleh dicapai melalui laman sesawang LPM di alamat, http://www.moe.gov.my/lp di pautan "kajian" mulai 15 Ogos 2012 secara atas talian.  Soal selidik tersebut hendaklah dilengkapkan selewat-lewatnya sebelum atau pada 3 September 2012. 

5.   Lembaga Peperiksaan memohon supaya pihak tuan melengkapkan borang pengesahan apabila semua guru yang berkenaan telah selesai memberi respon kepada soal selidik tersebut.

6.    Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pen. PPD PBS, En. Norazrin bin Zahari ditalian 019-7346971.

Sekian, terima kasih.

 

PERHATIAN  KEPADA:

SEKOLAH RENDAH:  Sila dapatkan surat soal selidik berkenaan melalui pigeon hole sekolah tuan puan yang akan diedarkan mulai esok 30 Ogos 2012 jam 8.30 pagi.  

SEKOLAH MENENGAH :  Sila dapatkan surat soal selidik berkenaan yang telah diedarkan kepada Guru Penolong Kanan KoKurikulum yang menghadiri kursus di Melaka.


Tindakan : GURU BESAR & PENGETUA, SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH & MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG.
Cetak