Buku Pelawat

Semua Warga Pendidikan ,
Hj Mohd Saleh Bin Abd Hamid KPT Unit Kewangan PPD Pasir Guda

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya Mohd Saleh Bin Abd Hamid, Ketua Pembantu Tadbir Kewangan W22 PPD Pasir Gudang (Pengasas Aplikasi PATSKOM) akan menamatkan perkhidmatan (bersara) pada 01 Feb 2015. Saya dengan rasa rendah diri menyusun sepuluh jari memohon ribuan ampun dan maaf kepada tuan/puan sekiranya ada melakukan sebarang kesalahan, kesilapan, terkasar bahasa, tingkah laku dan apa jua kekurangan sepanjang menjalankan tugas dalam perkhidmatan saya. Saya juga memohon agar tuan/puan dapat menghalalkan apa jua sumbangan yang telah diberikan samada dari segi tenaga, idea-idea, makan minum dan lain-lain dalam usaha membantu saya semasa menjalakan tugas. Begitu juga sebaliknya apa jua kesilapan & kesalahan tuan/puan terhadap diri saya,saya sedia memaafkan termasuk menghalalkan makan & minum yang telah diberikan. Akhir kata saya memohon tuan/puan dapat mendoakan agar saya sentiasa diberi kebahagian, kesihatan tubuh badan dan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah swt didunia dan diakhirat. Sekian terima kasih. Wassalam."
Papar/Isi

Muatturun Fail

lagi....






JBC1032
azie
zoolhilman
       38 pelawat di talian
TAKWIM KURSUS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2011
oleh : En. Mohd Azra Bin Abd Aziz, Penolong Pegawai Tadbir
pada 02 Feb 2011

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian tuan / puan mengenai perkara di atas.

2.       Sukacita bersama-sama ini dikemukan Takwim Kursus anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2011. Takwim tersebut boleh diperolehi di laman sesawang Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia di http://www.moe.gov.my/bpsm

3.      Sehubungan itu, kerjasama tuan / puan adalah dipohon untuk memaklumkan dan memanjangkan perkara ini kepeda semua pegawai dan kakitangan  di bawah seliaan tuan / puan bagi mengikuti kursus-kursus yang disediakan. Adalah diharapkan agar kursus-kursus yang disediakan ini dapat membantu meningkatkan prestasi, produktiviti dan kualiti perkhidmatan warga KPM.

4.      Di atas segala kerjasama tuan / puan berikan di dalam hal ini adalah sangat di hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Tindakan : PENGETUA / GURU BESAR
Cetak