Tarikh Penting

UPSR

11 September 2017


PT3

9 Oktober 2017


SPM

6 November 2017


STAM

23 Oktober 2017


Buku Pelawat

Warga Kerja PPD Pasir Gudang ,
PPD Pasir Gudang

"إنَّا للهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون اللَّهُمَّ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا Takziah diucapkan kepada ahli keluarga Almarhumah Ramlah Bt Othman, Guru Besar SK Taman Scientex yang telah kembali ke Rahmatullah jam 12.59 tengah hari pada 30 September 2017(Sabtu). Semoga Allah SWT merahmati segala jasa baik dan sumbangan beliau dalam dunia pendidikan dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman."
Papar/Isi

Muat Turun Fail

lagi....

Pengguna Online

       5 pelawat di talian
PERMOHONAN TAPISAN KESELAMATAN SECARA ELEKTRONIK MENGGUNAKAN SISTEM E VETTING
oleh : ,
pada 03 Oct 2011

Pengetua dan Guru Besar

Sekolah Sekolah di daerah Pasir Gudang

 

Tuan / Puan

 

PERMOHONAN TAPISAN KESELAMATAN SECARA  ELEKTRONIK BAGI PEGAWAI DAN KAKITANGAN INSTITUSI DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

 

Dengan ini dimaklumkan bahawa Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Negara ( CGSO) telah menaiktaraf kaedah permohonan tapisan keselamatan kepada pegawai pegawai dan kakitangan yang baru dilantik  dari kaedah manual kepada kaedah menggunakan sistem online  yang dinamakan E-Vetting.

Melalui kaedah terbaru ini, pegawai-pegawai yang  baru dilantik dan masih belum memohon tapisan keselamatan boleh menggunakan kaedah terbaru ini. Pemohon boleh mengakses laman web www.evetting.cgso.gov.my, dan mendaftar dengan mengunci masuk maklumat peribadi  mereka pada sistem tersebut dan keputusan tapisan keselamatan  boleh disemak selepas 1 bulan dari tarikh permohonan dibuat.

Bagi pemohon yang mempunyai masalah untuk mendaftar atau mengakses sistem E VETTING ini, mereka boleh menghubungi helpdesk sistem ini  di talian 03-88726137.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan puan

 

 

 

 

 

 

 

 


Tindakan : Pengetua, Guru Besar Sekolah Sekolah Daerah Pasir Gudang
Cetak