

![]() | SISTEM PENGURUSAN PERTUKARAN KAKITANGAN BUKAN GURU (E-TUKAR BUKAN GURU) ANTARA DAERAH oleh : En. Mohd Azra Bin Abd Aziz, Penolong Pegawai Tadbir pada 22 Aug 2011 |
PENGETUA DAN GURU BESAR,
SEMUA KAKITANGAN BUKAN GURU (ANGGOTA KAKITANGAN SOKONGAN)
SEKOLAH SEKOLAH DAERAH PASIR GUDANG
Tuan,
SISTEM PENGURUSAN PERTUKARAN KAKITANGAN BUKAN GURU (E-TUKAR BUKAN GURU) ANTARA DAERAH
Merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sistem Pengurusan Pertukaran Kakitangan Bukan Guru (e-Tukar Bukan Guru) telah memasuki fasa seterusnya iaitu melibatkan pertukaran dalam negeri(antara daerah) mulai 1 Julai 2011.
3. Sehubungan dengan itu, tarikh akhir permohonan pertukaran antara daerah secara manual hanya akan diterima oleh Unit Perjawatan, Jabatan Pelajaran Negeri Johor sehingga 5 September 2011. Justeru itu, permohonan manual yang masih diterima selepas tarikh di atas adalah disyorkan untuk memohon semula secara atas talian melalui laman web www.moe.gov.my/etukar yang akan dibuka mulai 1 Oktober 2011.
Sekian untuk makluman,terima kasih