Buku Pelawat

Semua Warga Pendidikan ,
Hj Mohd Saleh Bin Abd Hamid KPT Unit Kewangan PPD Pasir Guda

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya Mohd Saleh Bin Abd Hamid, Ketua Pembantu Tadbir Kewangan W22 PPD Pasir Gudang (Pengasas Aplikasi PATSKOM) akan menamatkan perkhidmatan (bersara) pada 01 Feb 2015. Saya dengan rasa rendah diri menyusun sepuluh jari memohon ribuan ampun dan maaf kepada tuan/puan sekiranya ada melakukan sebarang kesalahan, kesilapan, terkasar bahasa, tingkah laku dan apa jua kekurangan sepanjang menjalankan tugas dalam perkhidmatan saya. Saya juga memohon agar tuan/puan dapat menghalalkan apa jua sumbangan yang telah diberikan samada dari segi tenaga, idea-idea, makan minum dan lain-lain dalam usaha membantu saya semasa menjalakan tugas. Begitu juga sebaliknya apa jua kesilapan & kesalahan tuan/puan terhadap diri saya,saya sedia memaafkan termasuk menghalalkan makan & minum yang telah diberikan. Akhir kata saya memohon tuan/puan dapat mendoakan agar saya sentiasa diberi kebahagian, kesihatan tubuh badan dan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah swt didunia dan diakhirat. Sekian terima kasih. Wassalam."
Papar/Isi

Muatturun Fail

lagi....






daud
karman
       29 pelawat di talian
SURAT PEKELILING AM BIL 3 TAHUN 2012-PERATURAN PERJALANAN PEGAWAI AWAM KE LUAR NEGARA ATAS URUSAN PERSENDIRIAN
oleh : Cik Aisyah Binti Adanan, Pembantu Tadbir (P/O)
pada 08 Nov 2012

Dengan segala hormatnya surat daripada Jabatan Pelajaran Negeri Johor no. rujukan JPNJ.PKHD(26)100-7/5/2 bertarikh 25 Oktober 2012 adalah dirujuk.

2.     Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan sesalinan surat dari JPNJ dan Surat Pekeliling Am Bil 3 Tahun 2012-Peraturan Perjalanan Pegawai Awam Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian yang jelas menerangkan maksudnya untuk makluman dan kerjasama pihak tuan.



Lampiran Fail

SURAT PEKELILING AM BIL 3 TAHUN 2012-PERATURAN PERJALANAN PEGAWAI AWAM KE LUAR NEGARA ATAS URUSAN PE (1885)


Tindakan : PENGETUA/GURU BESAR
Cetak