Buku Pelawat

Semua Warga Pendidikan ,
Hj Mohd Saleh Bin Abd Hamid KPT Unit Kewangan PPD Pasir Guda

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya Mohd Saleh Bin Abd Hamid, Ketua Pembantu Tadbir Kewangan W22 PPD Pasir Gudang (Pengasas Aplikasi PATSKOM) akan menamatkan perkhidmatan (bersara) pada 01 Feb 2015. Saya dengan rasa rendah diri menyusun sepuluh jari memohon ribuan ampun dan maaf kepada tuan/puan sekiranya ada melakukan sebarang kesalahan, kesilapan, terkasar bahasa, tingkah laku dan apa jua kekurangan sepanjang menjalankan tugas dalam perkhidmatan saya. Saya juga memohon agar tuan/puan dapat menghalalkan apa jua sumbangan yang telah diberikan samada dari segi tenaga, idea-idea, makan minum dan lain-lain dalam usaha membantu saya semasa menjalakan tugas. Begitu juga sebaliknya apa jua kesilapan & kesalahan tuan/puan terhadap diri saya,saya sedia memaafkan termasuk menghalalkan makan & minum yang telah diberikan. Akhir kata saya memohon tuan/puan dapat mendoakan agar saya sentiasa diberi kebahagian, kesihatan tubuh badan dan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah swt didunia dan diakhirat. Sekian terima kasih. Wassalam."
Papar/Isi

Muatturun Fail

lagi....






mohdhafidz
azie
JBD1007
       30 pelawat di talian
PENGISIAN DATA CAT - I BAGI PROGRAM SUKAN PRESTASI TINGGI SEKOLAH ( SPTS )
oleh : ,
pada 08 May 2012

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan segala hormatnya surat dari Pejabat Pengarah Pelajaran Johor bil Kami : JPNJ.SPK.SUKAN(39)/700-5/7/26(16) bertarikh 4 Mei 2012 adalah merujuk kepada surat Kementerian Pelajaran Malaysia dengan No.Rujukan KP.BS.302-01/05/001/JLD3 ( 4 ) bertarikh 6 April 2012 adalah berkaitan .

3. Sehubungan itu , dipohon jasa baik tuan/puan untuk melengkapkan Data SPTS dalam Sistem CAT - i yang boleh dimuat turun di laman sesawang http://www.moe.gov.my/bsukan. Maklumat ini perlu dihantar sebelum atau pada 14 Mei 2012 secara email kepada faizul.shaharudin@moe.gov.my atau lifetime_zul@yahoo.com.

4. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila hubungi terus Encik Faizul Anuar bin Shaharudin ( Pegawai Teknikal SPTS ) , Jabatan Pelajaran Johor ditalian 019 -7501085 / 07 - 2310000.

5. Harap dalam makluman dan tindakan segera pihak tuan .

Sekian, terima kasih .

 

Sekolah SPTS                                    Permainan

 

SMK Dato Penggawa Timor                  Badminton

SMK Pasir Gudang                              Bola Sepak

SK Taman Puteri Wangsa                    Gimnastik

SK Taman Desa Jaya                          Gimrama

SMK Taman Pasir Putih                        Hoki ( L ) 

SMK Taman Pelangi Indah                   Memanah

SMK Seri Kota Puteri                           Balapan dan Padang

SMK tanjung Puteri Resort                   Sepak Takraw

SMK Taman NUsa Damai                     Bola Baling

SMK Ulu Tiram                                   Hoki ( P )                              

 


Tindakan : PENGETUA / GURU BESAR SEKOLAH MENENGAH / RENDAH PUSAT LATIHAN DAERAH / SPTS - TINDAKAN JU SPTS DAER
Cetak