Tarikh Penting

UPSR

11 September 2017


PT3

9 Oktober 2017


SPM

6 November 2017


STAM

23 Oktober 2017


Buku Pelawat

ROHAIZAD BIN MOHD HANAFIAH ,
PPPD PERHUBUNGAN, PPDPG

"Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada barisan kepimpinan pendidikan daerah Pasir Gudang, warga PPD Pasir Gudang, Pengetua, Guru Besar, Guru-guru serta seluruh anggota kakitangan pelaksana di daerah Pasir Gudang atas segala kerjasama yang diberikan sepanjang saya berkhidmat di sini. Ampun dan maaf dipinta andai ada salah & silap yang dilakukan. Didoakan semoga daerah Pasir Gudang akan terus memacu kecemerlangan yang lebih gemilang di masa akan datang. Semoga berjumpa lagi. "
Papar/Isi

Muat Turun Fail

lagi....

Pengguna Online

       9 pelawat di talian
MESYUARAT ZONING PENEMPATAN MURID SEKOLAH MENENGAH SESI 2018.
oleh : Pn. Norhardiana binti Norli, Pembantu Tadbir (P/O)
pada 11 Jan 2017

 

Perhatian kepada Pengetua sekolah-sekolah daerah Pasir Gudang.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa, satu Mesyuarat Zoning Penempatan Murid Sekolah Menengah Sesi 2018 akan diadakan seperti ketetapan yang berikut :

      2.1  Tarikh          : 17 Januari 2017 (Selasa)

2.2  Masa            : 2.30 petang hingga 5.00 petang

2.3  Tempat       : Bilik Mesyuarat Al- Fateh, SK Seri   Kota Puteri 4.

2.4 Pengerusi    : Tn. Hj. Jasni Bin Omar

                Pegawai PPD Pasir Gudang. 

3.        Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid hadir ke Bengkel tersebut. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan En. Muhd Shakirin bin Md Shah - Penolong PPD Pengurusan Sekolah (Murid) ditalian 07-3881210 sambungan 305. Kerjasama tuan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.

 Sekian terima kasih.     

 "SEHATI SEJIWA"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


 



Lampiran Fail

SURAT PANGGILAN MESYUARAT (199)
SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT EZONING (79)


Tindakan : PENGETUA DAN PENOLONG KANAN HEM
Cetak