Buku Pelawat

Tuan Haji Jasni Bin Omar ,
Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Kini kita sedang melayari gelombang satu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2015 . Saya penuh yakin komuniti sekolah berfikiran positif untuk menerima perubahan dan berusaha mengangkat martabat pendidikan daerah Pasir Gudang selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Johor. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk sedar , faham dan mahu melaksanakan 5 Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia, 6 Aspirasi Murid dan 11 Anjakan dalam PPPM. Kini kita mengimpikan sekolah dapat membentuk pelajar yang sentiasa menjaga budi bahasa, bertingkahlaku mulia dan menjadikan sekolah sebagai tempat menimba ilmu dan kemahiran yangdiperlukan untuk masa depan masing-masing. Justeru saya mengharapkan rakan-rakan guru dapat memupuk, menggilap dan mengembangkan potensi pelajar secara ikhlas dan penuh tanggungjawab. “Kerja sepasukan meraih kegemilangan” dan “1 Hati ke Arah 1 Matlamat” akan terus menjadi simbolik kata yang akan menterjemah hasrat kita semua. Kini murid-murid kita akan menduduki peperiksaan UPSR, PT3, SPM ,STAM dan STPM. Saya penuh yakin para calon peperiksaan telah bersedia untuk mencipta sejarah kejayaan peribadi sekali gus mengangkat kecemerlangan sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang. Sesungguhnya “ Kejayaan Anda Kebanggaan Kami “. InsyaAllah. "
Papar/Isi

Muatturun Fail

lagi....






       16 pelawat di talian
MAKLUMAT-MAKLUMAT BERKAITAN PENGURUSAN KWAPM
oleh : Pn. Norhidayah Binti Husin, Pembantu Tadbir (P/O)
pada 09 Feb 2010

Mohon kerjasama tuan agar dapat melangkapkan borang 'Lampiran A' (Senarai murid yang memohon KWAPM kemudian di pulangkan atas sebab tidak layak selepas disiasat dan diputuskan oleh Jawatankuasa Bantuan Sekolah) dan 'Lampiran B' (Senarai pemulangan KWAPM atas lain-lain sebab). Sila kembalikan kedua-dua borang yang sudah dilengkapkan ke Unit HEM PPD Pasir Gudang sebelum atau pada 11 Februari 2010 sebelum jam 12.00 tengah hari. Sebarang pertanyaan sila hubungi Tn. Hj. Latif Bin Hj. Johari ditalian 019-7368909.


Tindakan : Semua Guru Besar dan Pengetua
Cetak